Stesen Komuter Setia Jaya

Stesen Komuter Setia Jaya ialah sebuah stesen keretapi di selatan Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Setia Jaya merupakan stesen bagi KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang. Stesen ini dibuka pada 28 Ogos 1995 apabila perkhidmatan KTM Komuter Sentul-Kuala Lumpur-Shah Alam mula berkhidmat. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah utara, untuk kereta api arah timur) dan Platform 2&3 (di sebelah selatan, untuk kereta api arah barat).

Setia Jaya
Nama lainستيا جاي (Jawi)

斯迪亚再也 (Cina)

செடியா ஜெயா (Tamil)
LokasiStesen Setia Jaya, Lebuhraya Persekutuan, Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°04′59″N 101°36′43″E / 3.08306°N 101.61194°E / 3.08306; 101.61194
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2:1 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek2
Sambunganstesen sambungan  SB1  Sunway-Setia Jaya
Pengangkutan bas Sungei Way Free Trade Zone
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaanTiada
Sejarah
Dibuka28 Ogos 1995
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   KTM Komuter   Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi
Ralat Lua: Coordinates not found on Wikidata.

Stesen Komuter ini, walaupun dinamakan Setia Jaya, tidak disepadukan dan perlu dibezakan dengan Stesen BRT Sunway-Setia Jaya, dimana perkhidmatan BRT Laluan Sunway berkhidmat. Sebuah laluan pejalan kaki dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan stesen Sunway-Setia Jaya.

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di PJS 8, Petaling Jaya, Selangor. Di utara stesen adalah persimpangan Sunway   Lebuhraya Persekutuan manakala di selatan stesen adalah Leisure Commerce Square. Juga terletak berhampiran adalah flat perumahan Desa Mentari, Pangsapuri Damai, PJS 8 dan PJS 6.

Pertukaran sunting

Stesen ini terletak di utara B1 Sunway-Setia Jaya. Walaupun terletak bersebelahan, tiada sambungan berbayar dibina antara dua stesen. Penumpang perlu membeli tiket baharu untuk menukar perkhidmatan KTM Komuter ke BRT dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas sunting

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sungei Way Free Trade Zone dimana bas Causeway Link laluan P701; bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710 dan 734; bas RapidKL laluan 750 dan 751 berkhidmat di hentian bas tersebut.

Rujukan sunting