Stesen LRT Bandaraya
Stesen LRT Bandaraya ialah stesen LRT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.
Lokasi | Stesen Bandaraya, Jalan Raja Laut, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°9′20″N 101°41′40″E / 3.15556°N 101.69444°EKoordinat: 3°9′20″N 101°41′40″E / 3.15556°N 101.69444°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | Bank Negara | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG6 SP6 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan 1 2 Bank Negara, yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter.
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sepanjang Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen adalah Sungai Gombak manakala di sebelah timur laut stesen adalah pusat membeli-belah SOGO KL. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli belah Kompleks Pertama, Menara UOB, Menara CIMB, Menara DBKL, Menara KWSP, Hotel The Grand Campbell, Hotel Premiera, kompleks Bank Negara Malaysia dan Pasar Malam Tunku Abdul Rahman.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Masjid Jamek) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Masjid Jamek) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Sultan Ismail) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Sultan Ismail) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan jejambat pejalan kaki ke SOGO KL dan 1 2 Bank Negara |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]
Rujukan
sunting- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.