Stesen LRT Bukit Jalil

Stesen LRT Bukit Jalil ialah stesen LRT yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kompleks sukan Bukit Jalil. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.

Bukit Jalil Rapid KL
Bukit Jalil station (Sri Petaling Line), Klang Valley (February 2007).jpg
LokasiStesen Bukit Jalil, Jalan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°3′29″N 101°41′32″E / 3.05806°N 101.69222°E / 3.05806; 101.69222Koordinat: 3°3′29″N 101°41′32″E / 3.05806°N 101.69222°E / 3.05806; 101.69222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Platform2 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T580, T582, 652
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SP17 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen ini pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Entrapment (1999) yang dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Anehnya, papan tanda di stesen tersebut ketika penggambaran memaparkan "Pudu", Bukit Jalil.

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kuyoh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Skate Park@Stadium Negara Bukit Jalil, Stadium Negara Bukit Jalil, Pusat Akuatik Negara, Stadium Hoki Bukit Jalil dan taman Bukit Komanwel.

Pelan stesenSunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Selatan   Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Sri Petaling)
SP Arah Utara   Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Sungai Besi)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, Stadium Bukit Jalil, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]

Perkhidmatan BasSunting

Bas RapidKL laluan T580, T582 dan 652 berkhidmat di stesen ini.

InsidenSunting

25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.

RujukanSunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.