Stesen LRT Dang Wangi

Stesen LRT Dang Wangi ialah stesen LRT yang terletak di timur laut pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian 5 Laluan Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Namanya berasal dari Jalan Dang Wangi yang bersimpang dengan Jalan Ampang 100 meter ke selatan. Stesen ini berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian daripada segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Dang Wangi Rapid KL
دڠ واڠي
LokasiStesen Dang Wangi, Jalan Ampang, 50300 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°9′24″N 101°42′6″E / 3.15667°N 101.70167°E / 3.15667; 101.70167Koordinat: 3°9′24″N 101°42′6″E / 3.15667°N 101.70167°E / 3.15667; 101.70167
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
Sambunganstesen sambungan  MR8  Bukit Nanas

Pengangkutan bas Rapid Bus: BET7, 300, 303

Pengangkutan bas Bas GoKL: Biru
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ12 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di timur laut bandar lama Kuala Lumpur sepanjang Jalan Ampang, berhadapan Bukit Nanas dan berdekatan tebing selatan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Jalan Sultan Ismail   Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terdapat berbagai-bagai bangunan pejabat di sekitar stesen seperti Menara DBKL 3 Bandar Wawasan, Kompleks Wilayah, Menara Alliance Bank, Menara Bangkok Bank, Wisma TKT, Menara Sunway dan Menara Safuan. Juga terletak berdekatan dengan stesen ini adalah Hutan Simpan Bukit Nanas, UniKL, Hotel Stripes Kuala Lumpur, pusat membeli-belah LuLu Hypermarket Kuala Lumpur, SMK Convent Bukit Nanas, Hotel The Face Suites dan Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Susunan stesen sunting

G Aras tanah Pintu masuk/keluar , laluan pejalan kaki bertutup ke Monorel Bukit Nanas, perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  
B1 Aras legar Pagar akses elektronik, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan  
B2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Kampung Baru)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Masjid Jamek)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Pertukaran sunting

Stesen Dangi Wangi terletak 300m barat  MR8  Stesen Bukit Nanas, juga terletak berdekatan Bukit Nanas. Walaupun tidak bersebelahan, namun peta transit rasmi APAD dan RapidKL menunjukkan kedua-dua stesen sebagai satu pertukaran antara Laluan Kelana Jaya dan Monorel Kuala Lumpur.[2] Oleh itu, penumpang yang ingin bertukar laluan di sini harus berjalan di sepanjang Jalan Ampang.

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan BET7, 300 dan 303 berkhidmat di stesen ini. Bas Bandar GoKL laluan Biru juga berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang - 28 Okt 2018" (PDF). myrapid. Dicapai pada 7 Mei 2019.