Stesen LRT IOI Puchong Jaya

Stesen LRT IOI Puchong Jaya ialah stesen LRT di Puchong, Selangor dimana Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena pusat membeli belah IOI Mall Puchong di Puchong, Selangor. Stesen ini dibuka pada 31 Mac 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Sri Petaling daripada Stesen LRT Sri Petaling ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]

IOI Puchong Jaya Rapid KL
LokasiStesen IOI Puchong Jaya, Lebuhraya Damansara-Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°02′53.1″N 101°37′15.2″E / 3.048083°N 101.620889°E / 3.048083; 101.620889Koordinat: 3°02′53.1″N 101°37′15.2″E / 3.048083°N 101.620889°E / 3.048083; 101.620889
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 4.png Laluan Sri Petaling
Platform2
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: 506, 600, 601, 604, T600, T604, T605, SJ02
Bus transport Causeway Link: 608
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan464 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUAda Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SP24 
Sejarah
Dibuka31 Mac 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang   Lebuhraya Damansara-Puchong di Bandar Puchong Jaya, Puchong. Di sebelah barat laut stesen adalah pusat membeli-belah IOI Mall Puchong. Juga terletak berhampiran stesen adalah Balai Polis Puchong Jaya.

Susunan stesenSunting

L2
Platform
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
SP Arah Selatan   Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Pusat Bandar Puchong)
SP Arah Utara   Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Kinrara BK5)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 464 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan BasSunting

Bas percuma Smart Selangor laluan SJ02, bas Causeway Link laluan 608, bas RapidKL laluan 506, 600, 601, 604, T600, T604 dan T605 berkhidmat di stesen ini.

RujukanSunting

  1. ^ Azyyati Ahmad (28 Mac 2016). "Empat stesen baharu LRT di Puchong beroperasi 31 Mac ini". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 15 Jul 2018. Dicapai pada 21 Okt 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.