Stesen LRT Jelatek

Stesen Jelatek ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena taman awam Jelatek berhampirannya. Stesen ini telah dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Jelatek
Stesen transit aliran ringan (LRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen Jelatek, Jalan Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°E / 3.167333; 101.735306Koordinat: 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E / 3.167333°N 101.735306°E / 3.167333; 101.735306
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T224
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan292 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ6 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Setiawangsa
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Dato' Keramat
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Jelatek, diantara Kampung Dato' Keramat di sebelah barat dan Taman Keramat di sebelah timur. Stesen ini juga terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat   Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat; Kompleks Sukan Dato' Keramat; pangsapuri mewah seperti The Datum Jelatek, Picasso Residence dan Suria Jelatek Residence; Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek; pasar malam Jelatek; SRI al-Amin dan SRI al-Alusi.

Pelan stesen sunting

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights(Dato' Keramat)
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Setiawangsa)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 292 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T224 berkhidmat di stesen ini.

Pintu stesen sunting

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Gambar
A Susur Jalan Enggang 2
     
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Datum Jelatek, Taman Tasik Keramat, Perumahan Taman Keramat, Perumahan Taman Datuk Keramat, Klinik Kesihatan Dato’ Keramat.  
B Datum Jelatek Sambungan pejalan kaki ke Pusat Beli-belah Datum Jelatek (Datum Jelatek Shopping Mall).  

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.