Stesen LRT KLCC ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Nama stesen ini diambil sempena mercu tanda berdekatan iaitu Menara Berkembar Petronas (lebih dikenali sebagai KLCC). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk Sri Rampai).[1] Stesen ini juga dihubungkan dengan 12 Stesen MRT Persiaran KLCC Laluan Putrajaya (PYL) yang dibuka pada Mac 2023.[2]

KLCC Rapid KL
LokasiStesen KLCC, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′32.4″N 101°42′48.7″E / 3.159000°N 101.713528°E / 3.159000; 101.713528Koordinat: 3°09′32.4″N 101°42′48.7″E / 3.159000°N 101.713528°E / 3.159000; 101.713528
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 300, 302, 303
Pengangkutan bas Bas GoKL: Hijau
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ10 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak dibawah Jalan Ampang berhadapan pusat membeli-belah Avenue K. Di selatan stesen terletaknya kawasan pembagunan KLCC yang merangkumi pusat membeli-belah Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Taman KLCC, Menara 3 Petronas, Masjid asy-Syakirin dan Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah Four Season Place, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Hotel Corus Kuala Lumpur, pangsapuri mewah Le Nouvel KLCC, The Meritz Condominium, Panorama KLCC Condominium, Hampshire Residences, Menara Public Bank, Menara Celcom Axiata, Menara Ambank, Menara PTPTN, Wisma Central, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan pejabat Kedutaan Nepal.

Pelan stesen sunting

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, pusat membeli belah Suria KLCC dan Avenue K, perhentian bas,teksi dan kenderaan persendirian
B1 Aras legar Pagar tambang, mesin tiket, pusat khidmat pelanggan, Avenue K dan Laluan pejalan kaki ke Suria KLCC  
B2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Ampang Park)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Kampung Baru)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan 300, 302, 303 dan Bas GoKL Hijau berkhidmat berdekatan stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.