Stesen LRT Universiti, Kuala Lumpur

Stesen LRT Universiti (atau Stesen KL Gateway-Universiti atas sebab penajaan)[1] ialah stesen LRT di Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Universiti Malaya yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama Laluan Kelana Jaya yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan atesen Pasar Seni.[2]

KL Gateway-Universiti Rapid KL
LokasiStesen Universiti, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°06′52″N 101°39′43″E / 3.11444°N 101.66194°E / 3.11444; 101.66194Koordinat: 3°06′52″N 101°39′43″E / 3.11444°N 101.66194°E / 3.11444; 101.66194
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 750, 751, 772, 780, T788, T789
Pengangkutan bas Bas GoKL: GOKL-06
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ19 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kerinchi
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya Taman Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Dahulunya dikenali sebagai Universiti sejak permulaan operasinya pada 1 September 1998, nama stesen ini ditukar kepada KL Gateway–Universiti selepas Suez Capital, sebuah pemaju hartanah tempatan telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu daripada tiga stesen pertama dibawah program perintis "Hak Penamaan Stesen" sejak dilancarkan pada Oktober 2015.[1]

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Kerinchi, Kuala Lumpur. Terletak di sebelah utara stesen adalah persimpangan Lebuhraya Persekutuan   dan Kerinchi Link  . Walaupun stesen ini terletak berhampiran Universiti Malaya, tiada laluan pejalan kaki antara stesen ini dengan universiti tersebut. Tempat-tempat lain berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah KL Gateway Mall, pintu masuk Kuala Lumpur Universiti Malaya, Masjid ar-Rahman UM, Hotel Pullman Kuala Lumpur, Wisma UOA Pantai, SMK Seri Pantai dan bangunan perumahan seperti Vista Angkasa, Residensi Kerinchi dan Flat PKNS Kerinchi.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Kerinchi)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Jaya)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar akses, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke KL Gateway Mall  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas Rapid KL laluan 750, 751, 772, 780, T788, dan T789 dan Bas GOKL laluan GOKL-06 (Merah Jambu) berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Prasarana umum tiga hak penjenamaan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2019. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  2. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.