Stesen LRT Kerinchi
Stesen LRT Kerinchi ialah stesen LRT yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen yang dinamakan sempena Kampung Kerinchi yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]
Lokasi | Stesen Kerinchi, Plaza Pantai, Jalan Pantai Baru, 59100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′56″N 101°40′06″E / 3.11556°N 101.66833°EKoordinat: 3°06′56″N 101°40′06″E / 3.11556°N 101.66833°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T791 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak dalam Plaza Pantai, sebuah kompleks perniagaan berdekatan Jalan Pantai Baru, di Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen ini juga berhampiran dengan Sekolah (Swasta) Sri Dasmesh, SK Bangsar, Balai Polis Pantai, Kuil Sri Muthu Mariamman, Wisma UOA Pantai, Menara Telekom, Masjid ar-Rahah Kampung Kerinchi, Bangsar South dan kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.
Pelan Stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Abdullah Hukum) | |
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (KL Gateway-Universiti) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Plaza Pantai dan Bangsar South |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Perkhidmatan bas
suntingRujukan
sunting- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.