Stesen LRT Pandan Jaya

Stesen LRT Pandan Jaya ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Pandan Jaya Rapid KL
Pandan Jaya station (Ampang Line) (exterior), Selangor.jpg
LokasiStesen Pandan Jaya, Persiaran Pandan 1, Pandan Jaya, 55100 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°7′49″N 101°44′20″E / 3.13028°N 101.73889°E / 3.13028; 101.73889Koordinat: 3°7′49″N 101°44′20″E / 3.13028°N 101.73889°E / 3.13028; 101.73889
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 3.png Laluan Ampang
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
K. letak kenderaan228 petak parkir
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen AG14 
Sejarah
Dibuka16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kerayong di Pandan, Selangor. Di utara stesen terletak kompleks pangsapuri Pandan Jaya dan di sebelah selataan stesen terletak Taman Cheras Indah. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Shamelin Perkasa dan Kolej Poly-Tech MARA.

Pelan stesenSunting

G Bagunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
AG Arah Selatan   Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Maluri)
AG Arah Utara   Laluan Ampang menghala ke Ampang (Pandan Indah)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 228 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

RujukanSunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. |access-date= memerlukan |url= (bantuan)
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.