Stesen LRT Pudu ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di pekan Pudu, Kuala Lumpur.

Pudu Rapid KL
LokasiStesen Pudu, Jalan Sarawak, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°E / 3.13472; 101.71194Koordinat: 3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°E / 3.13472; 101.71194
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluanLine 3.png Laluan Ampang
Line 4.png Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen AG10   SP10 
Sejarah
DibukaLine 3.png 16 Disember 1996
Line 4.png 11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sarawak di pekan Pudu, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Pudu, Hotel D'Majestic Place, SMK Dato' Onn, SJK (T) Jln San Peng, SJK (C) Chung Kwo dan SJK (C) Kung Min.

Pelan stesenSunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan   Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Chan Sow Lin)
  Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Chan Sow Lin)
AG/SP Arah Utara   Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Hang Tuah)
  Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Hang Tuah)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

RujukanSunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.