Stesen LRT Sentul adalah stesen LRT bagi Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sentul. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan LRT RapidKL, iaitu Laluan Ampang dengan Laluan Sri Petaling. Stesen ini dibuka pada Julai 1998.

Sentul Rapid KL
LokasiStesen Sentul, Jalan 2/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°E / 3.17833; 101.69556Koordinat: 3°10′42″N 101°41′44″E / 3.17833°N 101.69556°E / 3.17833; 101.69556
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T180
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan158 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG2   SP2 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhir
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 2/48a. Di sebelah timur stesen adalah Apartment Bandar Baru Sentul. Juga terletak berhampiran stesen adalah kondominium Residensi Sentulmas, kondominium The Capers, gereja Methodist Grace, gereja Pentekosta Malaysia, kuil Sri Maha Muneeswarar, Depoh Kenderaan DBKL Sentul, SMK Methodist (L) Sentul, Sekolah Methodist Wesley Kuala Lumpur (Antarabangsa) dan UTC Sentul.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Titiwangsa)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Titiwangsa)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat 158 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Pintu stesen sunting

Stesen LRT Sentul dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan T180 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.