Stesen LRT Setiawangsa

Stesen LRT Setiawangsa ialah stesen LRT aras tinggi yang terletak berdekat dengan sempadan Kuala Lumpur dan Selangor di Ampang, Selangor. Nama stesen ini diambil sempena Taman Setiawangsa, kawasan perumahan besar, yang terletak di timur laut stesen. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak.[1]

Setiawangsa Rapid KL
LokasiStesen Setiawangsa, Jalan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′32.57″N 101°44′09.09″E / 3.1757139°N 101.7358583°E / 3.1757139; 101.7358583Koordinat: 3°10′32.57″N 101°44′09.09″E / 3.1757139°N 101.7358583°E / 3.1757139; 101.7358583
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T223
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan125 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ5 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak sepanjang Jalan Jelatek di Keramat, Selangor berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah kompleks kondominium mewah seperti Seri Maya, One Jelatek, Kampung Warisan dan Dataran Jelatek; Masjid Muadz Bin Jabal; taman perumahan AU 1; dan kem tentera pusat KEMENTAH.

Pelan stesen sunting

L1
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Jelatek)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Sri Rampai)
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 125 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan T223 berkhidmat di stesen ini.

Insiden sunting

  • 22 Julai 2015, 8:12 pagi - Tren 4 koc secara tiba-tiba terbakar ketika menghampiri stesen Setiawangsa akibat kegagalan brek dan api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya dua puluh minit kemudian. Tren tersebut dihantar ke stesen Sri Rampai (KJ4) bagi melancarkan perkhidmatan. Tiada kecederaan dilaporkan.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  4. ^ "Gerabak tren LRT terbakar dekat Stesen Setiawangsa". Berita Harian. 22 Jul 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.