Stesen LRT Sri Petaling

Stesen LRT Sri Petaling ialah stesen LRT yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Ketika stesen ini dibuka, stesen ini dinamakan Stesen LRT Komanwel sempena acara Sukan Komanwel 1998. Sebelum projek Sambungan Jajaran LRT siap pada tahun 2015, stesen ini merupakan terminal selatan bagi Laluan Sri Petaling. Sri Petaling juga merupakan nama bagi laluan LRT ini. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.

Sri Petaling Rapid KL
LokasiStesen Sri Petaling, Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°3′41″N 101°41′13″E / 3.06139°N 101.68694°E / 3.06139; 101.68694Koordinat: 3°3′41″N 101°41′13″E / 3.06139°N 101.68694°E / 3.06139; 101.68694
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid KL: T563, T583
Pembinaan
Jenis strukturBawah Permukaan
Templat letak kenderaanDisediakan oleh MSN
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP18 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kuyoh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa persimpangan lebuh raya berhampiran stesen ini iaitu Persimpangan Awan Kecil   Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Persimpangan Bukit Jalil   Lebuhraya MEX. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kompleks kondominium Vista Komanwel, kondominium Covillea Bukit Jalil, Universiti Perubatan Antarabangsa dan kawasan perumahan Sri Petaling.

Pelan stesen sunting

G Bagunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  
LG
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Awan Besar)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bukit Jalil)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen bawah permukaan dimana aras legar terletak di atas aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 10 Jun 2019.