Stesen LRT Sultan Ismail

Stesen LRT Sultan Ismail ialah stesen LRT yang terletak di barat Chow Kit, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Sultan Ismail yang terletak di utara stesen.

Sultan Ismail Rapid KL
سلطان إسماعيل
LokasiStesen Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°9′40″N 101°41′39″E / 3.16111°N 101.69417°E / 3.16111; 101.69417Koordinat: 3°9′40″N 101°41′39″E / 3.16111°N 101.69417°E / 3.16111; 101.69417
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Sambunganstesen sambungan  MR9  Medan Tuanku
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG5   SP5 
Sejarah
Dibuka3 16 Disember 1996
4 11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen ini pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan  MR9  Medan Tuanku, yang mempunyai perkhidmatan KL Monorail.

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di barat Chow Kit, Kuala Lumpur. Di sebelah timur stesen adalah SK (L) Jalan Batu manakala di sebelah barat daya stesen adalah SJK (C) Chung Kwok. Juga terletak berhampiran stesen adalah SJK (T) Appar, Wisma Bumi Raya, Wisma MARA, Wisma Sime Darby, Menara Liberty Insurans, Menara Maju, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Bangunan LPPKN, kompleks beli-belah Parkson Maju Junction Mall, Hotel Plaza Grand, Hotel Summit KL dan Hotel Premiera.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Bandaraya)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Bandaraya)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (PWTC)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (PWTC)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke 8 Medan Tuanku  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.