Stesen LRT Taman Melati ialah stesen LRT Laluan Kelana Jaya yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Taman Melati Rapid KL
Taman Melati station (Kelana Jaya Line), Kuala Lumpur.jpg
LokasiStesen Taman Melati, Persiaran Pertahanan, 53100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°13′10″N 101°43′18″E / 3.21944°N 101.72167°E / 3.21944; 101.72167Koordinat: 3°13′10″N 101°43′18″E / 3.21944°N 101.72167°E / 3.21944; 101.72167
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T202, T203
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanDisediakan oleh DBKL
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ2 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
Stesen terakhir
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen Taman Melati terletak berdekatan sempadan Kuala Lumpur-Selayang, dan dibina sepanjang Persiaran Pertahanan. Taman perumahan berdekatan stesen ini adalah Taman Melati, Gombak Setia, Taman Setapak Jaya, dan Taman Cemerlang. Stesen ini juga terletak berhampiran Pangsapuri Gombak, pusat membeli-belah M3, SMK Setapak Indah dan Masjid Salahudin Al-Ayyubi.

Pelan stesenSunting

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Wangsa Maju)
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan basSunting

Bas RapidKL laluan T202 dan T203 berkhidmat di stesen ini.

RujukanSunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.