Stesen USJ 7

(Dilencongkan dari Stesen LRT USJ 7)

Koordinat: 3°03′18″N 101°35′31″E / 3.054888°N 101.591880°E / 3.054888; 101.591880

Stesen LRT USJ7 ialah stesen stesen transit bersepadu yang terletak di USJ 7, Subang Jaya, Selangor. USJ 7 merupakan stesen bagi LRT Laluan Kelana Jaya dan BRT Laluan Sunway. Stesen ini dinamakan sempena USJ 7 yang terletak di sebelah timur stesen.

USJ 7 Rapid KL
BRT USJ7 halt and LRT USJ7 stn.JPG
LokasiStesen USJ 7, Persiaran Kewajipan, 47610 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°3′17″N 101°35′32″E / 3.05472°N 101.59222°E / 3.05472; 101.59222
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Dikendalikan olehLine 5.png BRT Sunway.png RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Aliran/laluanBRT Sunway.png BRT Laluan Sunway
Line 5.png Laluan Kelana Jaya
Platform2: 1 platform tengah dan 1 platform sisi
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: BET3, 770, T776, SJ01
Pembinaan
Jenis strukturLine 5.png BRT Sunway.png Bertingkat
K. letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ31   SB7 
Sejarah
DibukaBRT Sunway.png 2 Jun 2015
Line 5.png 30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
menghala ke Sunway-Setia Jaya
BRT SunwayStesen terakhir
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen ini dibuka apabila BRT Laluan Sunway mula berkhidmat di stesen ini pada 2 Jun 2015.[1] Kemudian, LRT Laluan Kelana Jaya mula berkhidmat di stesen ini pada 30 Jun 2016.[2] Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi BRT Laluan Sunway dengan LRT Laluan Kelana Jaya.

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di atas Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, Selangor. Terletak berdekatan stesen ini adalah USJ 1, USJ 6, Subang Light Industrial Park, pusat membeli-belah Da Men Mall dan SK Seafield.

Pelan stesenSunting

L2
Platform
LRT Arah Utara   Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (SS 18)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
LRT Arah Selatan   Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taipan)
L1
Platform
BRT Arah Utara   BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  Sunway-Setia Jaya (South Quay-USJ 1)
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan berbayar LRT dengan BRT  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  


Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform LRT. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan satu platform sisi di aras yang sama dengan aras legar untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan basSunting

Selain daripada BRT Laluan Sunway, stesen ini juga terdapat perkhidmatan bas RapidKL laluan BET3, 770, T776 dan bas percuma Smart Selangor laluan SJ01.

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Meor Riduwan Meor Ahmad (1 Jun 2015). "PM lancar BRT pertama Malaysia". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  2. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkib daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkib daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.

Pautan luarSunting