Stesen LRT Wangsa Maju

Stesen LRT Wangsa Maju ialah stesen LRT yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai.[1]

Wangsa Maju Rapid KL
LokasiStesen Wangsa Maju, Jalan 1/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°12′20″N 101°43′53″E / 3.20556°N 101.73139°E / 3.20556; 101.73139Koordinat: 3°12′20″N 101°43′53″E / 3.20556°N 101.73139°E / 3.20556; 101.73139
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 222, 250, T250, 253
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanDisediakan oleh DBKL
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ3 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Wangsa Utama, taman perumahan di utara Kuala Lumpur. Stesen ini juga terletak sepanjang Jalan 1/27A, diantara dua kawasan perumahan: Seksyen 1 Wangsa Maju di sebelah barat laut dan Desa Setapak di sebelah timur laut. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah AEON Alpha Angle dan SMK Seksyen 2 Wangsa Maju.

Susunan stesen sunting

L2
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Sri Rampai)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taman Melati)
L1 Aras legar Mesin tiket automatik, pagar tambang, dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas sunting

Bas RapidKL laluan 222, 250, T250 dan 253 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.