Stesen MRT/LRT Bukit Panjang

stesen MRT dan LRT di Singapura

Stesen Bukit Panjang (DT1/BP6) merupakan stesen pertukaran Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bagi Laluan Pusat Bandar yang terletak di sempadan kawasan rancangan Bukit Panjang, Bukit Batok dan Choa Chu Kang di Singapura terutamanya di Bandar Baru Bukit Panjang. Ia merupakan terminal barat bagi Laluan Pusat Bandar, dengan laluan bersambung ke utara sebagai laluan perkhidmatan ke Depot Gali Batu. Stesen ini disepadukan dengan Pertukaran Bas Bukit Panjang yang dibangunkan semula pada 2017.[1]


 BP6  DT1 
Bukit Panjang
武吉班让
புக்கிட் பாஞ்சாங்
Bukit Panjang
Rel ringan/Alihan laju
Platform stesen MRT, menunjukkan kereta api menunggu untuk bertolak.
Lokasi950 Upper Bukit Timah Road
Singapura 678213 (DTL)
11 Petir Road
Singapura 678268 (BP)
Koordinat1°22′42″N 103°45′42″E / 1.378436°N 103.761767°E / 1.378436; 103.761767
Dikendalikan olehSMRT Light Rail (SMRT Corporation) (BP)
SBS Transit DTL (DTL)
Laluan
Platform
  • Sisi (BP)
  • Tengah (DTL)
Trek4 (2 MRT, 2 LRT)
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis struktur
  • Bertingkat (BP)
  • Bawah tanah (DTL)
Tingkat platform5
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen BP6  DT1 
Sejarah
Dibuka6 November 1999 (BP)
27 Disember 2015 (DTL)
Perkhidmatan
Light Rail Transit
Beroperasi sehala
Bukit Panjang
A
Beroperasi sehala
Beroperasi sehala
Bukit Panjang
B
Beroperasi sehala
Stesen sebelumnya   MRT   Stesen berikutnya
Stesen terakhirLaluan Downtown
menghala ke Expo
Lokasi
Map

Stesen MRT ini disambungkan dengan stesen Sistem Rel Ringan (LRT) melalui jambatan di aras mezanin stesen LRT. Jarak tidak jauh dari stesen pertukaran ialah Bukit Panjang Plaza dan Junction 10.

Tidak ada hubungan berbayar di antara stesen MRT dan LRT, di mana pengguna perlu ketik keluar dan ketik sekali lagi apabila bertukar di antara dua laluan. Tiada caj tambahan dikenakan selagi pertukaran dari aras jalan LRT Bukit Panjang atau pintu tambang aras mezanin dan pintu tambang Laluan Pusat Bandar (atau sebaliknya) dibuat dalam masa 15 minit.[2] Stesen ini merupakan salah satu daripada tiga stesen pertukaran di Singapura di mana pengguna perlu ketik keluar dan ketik sekali lagi apabila bertukar di antara dua laluan; iaitu stesen Tampines dan Newton. Stesen ini juga ialah stesen bertingkat (atas jejambat) pertama di Singapura tanpa hubungan berbayar apabila menukar di antara dua aliran.

Sejarah sunting

10,000 penumpang pada waktu puncak pagi terkandas 30 Ogos 2001 disebabkan perkhidmatan Sistem Rel Ringan (LRT) masih dibaiki selepas kegagalan kuasa pada petang 29 Ogos 2001. Satu kereta api LRT melanggar alur suis di stesen Bukit Panjang kira-kira jam 17:40 pada 29 Ogos, menyebabkan kegagalan bekalan kuasa. Perkhidmatan diteruskan pada jam 10:15 hari berikutnya setelah 16 jam kemudian.[3]

Pada 15 Julai 2008, apabila lokasi sebenar stesen didedahkan, nama kerja stesen ialah stesen MRT Petir, dinamakan sempena Petir Road, tetapi ia membawa kepada keprihatinan, di mana kekeliruan boleh timbul dengan nama Petir, sebuah stesen LRT yang terletak sedikit jauh[4] walaupun nama yang sama digunakan. Selepas satu siri pengundian awam yang diadakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 16 Jun 2009, nama stesen dimuktamadkan sebagai stesen MRT Bukit Panjang.[5]

Lokasi stesen MRT dan kurangnya ketersambungan dengan stesen LRT menyebabkan anggota Parlimen tempatan memohon kajian semula, tetapi ia ditolak oleh LTA kerana "kekangan teknikal" di mana laluan kereta api terpaksa melengkung dengan tajam dalam jarak pendek untuk membenarkan stesen pertukaran biasa boleh dibina. Ia juga difikirkan bahawa laluan MRT dan LRT tersebut dikendalikan oleh dua pengendali berbeza, jadi nama 'Bukit Panjang' seharusnya digunakan dua kali dalam peta sistem kereta api berbanding sebagai stesen pertukaran. Walau bagaimanapun, satu laluan penghubung ditambah di antara stesen MRT dan LRT Bukit Panjang dan membayangkan bahawa terdapat pembangunan baru di tapak rizab antara kedua-dua stesen.[6] Sejak itu, stesen tersebut ditandakan sebagai stesen pertukaran dengan laluan LRT Bukit Panjang, pada sistem MRT.

Reka letak sunting

L2 Platform sisi, pintu akan dibuka di sebelah kiri
Platform 2
Alternate Services
Bukit Panjang: Khidmat A menuju ke  BP1  NS4  Choa Chu Kang melalui  BP13  Senja
Bukit Panjang: Khidmat B menuju ke  BP1  NS4  Choa Chu Kang melalui  BP7  Petir
Platform 1
Khidmat ulang–alik
Bukit Panjang: Khidmat A & B menuju ke  BP1  NS4  Choa Chu Kang melalui  BP5  Phoenix
Platform sisi, pintu akan dibuka di sebelah kiri
Mezanin Kawasan Pertukaran Pintu tambang, mesin tiket, jambatan penghubung pertukaran ke laluan Downtown dan platform stesen LRT
L1 Ruang Legar LRT Pintu tambang, mesin tiket, kedai
Aras Jalan Hillion Mall, Hillion Residences, Pertukaran Bas Bukit Panjang
B1 Aras Khidmat Capaian Terbatas
B2 Ruang Legar MRT Pintu tambang, mesin tiket, pusat kawalan stesen, kaunter TransitLink, kedai, jalan bawah
B3 Platform B Laluan Downtown   menuju ke  CG1  DT35  Expo melalui  DT2  Cashew
Platform tengah, pintu akan dibuka di sebelah kiri untuk platform B dan di sebelah kanan untuk platform A
Platform A Laluan Downtown   menuju ke  CG1  DT35  Expo melalui  DT2  Cashew
Laluan Downtown kereta api yang ditamatkan khidmatnya ←

Rujukan sunting

  1. ^ "NEW INTEGRATED TRANSPORT HUB IN 2015; GREATER CONVENIENCE, SEAMLESS TRANSFERS FOR BUKIT PANJANG COMMUTERS". Land Transport Authority. November 16, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-27. Dicapai pada 2017-07-13.
  2. ^ "Tapping out needed for line transfers at Newton, Bukit Panjang stations; no extra fares: LTA", "[Channel NewsAsia]" 01 December 2015. Retrieved on 01 December 2015.
  3. ^ "10000 regular peak hour commuters stranded". The Straits Times. 2001-08-31.
  4. ^ "Downtown Line 2 Station Sites Named". LTA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada 2009-06-17.
  5. ^ "Circle Line, Downtown Line 1 and 2 Station Names Finalised". LTA. Dicapai pada 2009-06-17.
  6. ^ "Downtown Line can't swing sharply to meet LRT station". The Straits Times. Dicapai pada 2008-07-20.

Pautan luar sunting

  1. (Inggeris) https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/getting_around/public_transport/rail_network.html