Stesen Bandar Utama

(Dilencongkan dari Stesen MRT Bandar Utama)

Stesen MRT Bandar Utama ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Bandar Utama yang terletak berhampiran stesen. Bermula 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Laluan Bandar Utama-Klang.

Bandar Utama Rapid KL
باندر اوتام
Platform 2 stesen MRT Bandar Utama.
LokasiStesen Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°E / 3.1466444; 101.6187472Koordinat: 3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°E / 3.1466444; 101.6187472
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
11 Laluan Shah Alam (Dibuka tahun 2024)
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta api9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 506, 801, 802, T811, T812
Pembinaan
Jenis struktur9 Bertingkat
Templat letak kenderaan500 petak parkir kereta
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK09 
Sejarah
Dibuka9 16 December 2016
Akan dibuka11 2024
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Mutiara Damansara
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang TTDI
menghala ke Kajang
Mutiara Damansara
menghala ke Sungai Buloh
Laluan Kajang
Perkhidmatan lampau (2016–2022)
Lokasi
Map

Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 16 Disember 2016. LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2024.

Sejarah sunting

Semasa pembinaan MRT laluan SBK, stesen ini dikenali sebagai One Utama.[1] Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016 selepas pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu daripada stesen Sungai Buloh sehingga stesen Semantan melalui stesen ini.[2] LRT Laluan Bandar Utama-Klang (BUK) akan mula berkhidmat di stesen pada tahun 2024 di bangunan stesen yang terletak kira-kira 100 meter barat laut daripada bangunan stesen MRT kini. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar akan menghubungkan kedua-dua bangunan ini seiring dengan pembukaan stesen laluan BUK.[3]

Sambungan ke TTDI sunting

Ketika dalam proses perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan kawasan perumahan TTDI yang terletak di sebelah timur stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI mempunyai akses ke stesen ini dan pusat membeli-belah One Utama. Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini atas sebab tidak mempunyai kemudahan secukupnya unuk menampung kesesakan trafik oleh cadangan ini.[4] Pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[5] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[6]

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sebelah barat   Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersebelahan sempadan Kuala Lumpur-Selangor di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah 1 Utama,[7] Sri Pentas (ibu pejabat Media Prima), Plaza IBM, Hotel One World, Menara KPMG, 1 Powerhouse, SS 21 Petaling Jaya, taman perumahan BU 2 dan taman perumahan TTDI Burhanuddin Helmi.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (TTDI)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Mutiara Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Kedai Serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 Utama, Sri Pentas, Plaza IBM dan Hotel One World  
G Aras tanah Pintu masuk, 1 Powerhouse, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta.[9]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan 506, 801, 802, T811 dan T812 berkhidmat berhampiran stesen di hadapan 1 Powerhouse.

Galleri sunting

Stesen sunting

1Powerhouse (Pintu A) sunting

Sambungan Pejalan Kaki ke 1 Utama (Pintu B) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  2. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  3. ^ Emmanuel Santa Maria Chin (22 Feb 2019). "LRT3 now set for 2024 completion". malaymail. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  4. ^ Vijenthi Nair (17 Julai 2014). "Residents share their thoughts on proposed pedestrian linkway in TTDI". Star Property (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Nov 2018. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  5. ^ Vijenthi Nair (9 Julai 2014). "MRT Corp accepts TTDI folk's decision". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-01. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  6. ^ "So near yet so far for MRT". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-18. Dicapai pada 11 Nov 2018.
  7. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ "Bandar Utama — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  9. ^ "Park N' Ride — Bandar Utama". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.