Stesen MRT Cyberjaya City Centre

Stesen MRT Cyberjaya City Centre ialah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia yang menjadi tempat perkhidmatan Laluan Putrajaya. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Stesen ini terletak di antara Stesen MRT Cyberjaya Utara dan Stesen MRT Putrajaya Sentral serta mempunyai kod stesen iaitu PY40.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Cyberjaya City Centre
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Cyberjaya City Centre, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°56′18″N 101°39′57″E / 2.938280°N 101.665958°E / 2.938280; 101.665958Koordinat: 2°56′18″N 101°39′57″E / 2.938280°N 101.665958°E / 2.938280; 101.665958
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T506, T507
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY40 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 12 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaPusat Bandar Cyberjaya
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Stesen terakhir
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Nama stesen "Cyberjaya City Centre" pertama kali diumumkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" pada 15 September 2016.[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Cyberjaya City Centre ialah S35.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen telah diubah kepada "Pusat Bandar Cyberjaya", tetapi cadangan itu ditolak dan kembali kepada nama stesen sedia ada.[4] Stesen MRT Putrajaya Sentral serta Stesen MRT Cyberjaya City Centre telah dikategorikan sebagai Pakej S210. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) pada 15 September 2017, dengan jumlah sebanyak RM145.8 juta.[5][6]

Stesen MRT Cyberjaya City Centre telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]

Ciri-ciri stesen sunting

Perkhidmatan sunting

Stesen MRT Cyberjaya City Centre menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Cyberjaya Utara dan Putrajaya Sentral. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY40.

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Cyberjaya Utara dalam Daerah Sepang, Selangor dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Stesen MRT Putrajaya City Centre akan menghubungkan penduduk sekitar Cyberjaya City Centre, Cyber 4 dan Cyber 6. Terletak berhampiran stesen adalah Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, The Place, Pertonas Persiaran APEC, Stesen Satelit Bumi Telekom Malaysia Cyberjaya, AIMS Cyberjaya, TS Global Network, MEASAT Cyberjaya, dan Astro Cyberjaya Broadcast Centre.[11][12]

Pelan stesen sunting

L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Cyberjaya Utara)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]

Kemudahan sunting

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Cyberjaya City Centre tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Pandu dan rantau).[1] Stesen MRT Cyberjaya City Centre juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik.[12]

Pintu stesen sunting

Pintu Lokasi Destinasi Imej
A Susur Persiaran APEC       Hentian sebelah untuk bas pengantara (laluan T506 dan T507), teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, The Place, Pertonas Persiaran APEC, Persimpangan Jalan Teknokrat 1-Persiaran APEC.  
Kunci      Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan)

Buat masa sekarang, stesen MRT Cyberjaya City Centre hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja.[4]

Kesalinghubungan sunting

Perkhidmatan bas sunting

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Cyberjaya City Centre terletak di Hab MRT Cyberjaya City Centre Pintu A (kod hentian bas – SP414). Terdapat dua laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]

Laluan Koridor Pengendali Terminal Destinasi
 T506  Koridor Sungai Besi Rapid KL SP414 MRT Cyberjaya City Centre Cyber 10
 T507  SP414 MRT Cyberjaya City Centre Cyberjaya Transport Terminal

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
  4. ^ a b MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  5. ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  6. ^ "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  7. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  8. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  9. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  10. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  12. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Cyberjaya Utara – MRT Corp". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  13. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar sunting