Stesen MRT Katong Park

Stesen MRT Katong Park ialah sebuah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bawah tanah yang dimiliki sepenuhnya oleh SMRT Trains. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Laluan MRT Thomson-Pantai Timur dan terletak di sempadan kawasan perancangan Kallang dan Marine Parade, Singapura.[2] Stesen ini terletak di bawah tanah persimpangan antara Fort Road, Tanjong Rhu Road dan Meyer Road, dan akan menjadikan akses ke Taman Katong, sebuah taman awam di Katong.

 TE24 
Katong Park
加东公园
காத்தோங் பார்க்
Katong Park
Stesen MRT akan datang
Lokasi45 Meyer Road
Singapura 437870
Koordinat1°17′52″N 103°53′07″E / 1.297825°N 103.885331°E / 1.297825; 103.885331Koordinat: 1°17′52″N 103°53′07″E / 1.297825°N 103.885331°E / 1.297825; 103.885331
Dimiliki olehPenguasa Pengangkutan Darat
Dikendalikan olehSMRT Trains Ltd (SMRT Corporation)
Laluan
Platform2 (2 platform bertindih)
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kedalaman29m
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Akan dibuka2024; 0 tahun yang lalu (2024)
Nama lamaFort Road, Dunman High[1]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Woodlands Utara
Laluan Thomson–Pantai Timur
Perkhidmatan akan datang
menghala ke Bayshore
Lokasi
Map

Nama stesen diumumkan pada tahun 2014, dan pembinaan stesen itu bermula pada tahun 2016. Ia dijangka dibuka bersama-sama dengan stesen Fasa 4 TEL pada 2024. Seperti Stesen MRT Stevens dan Stesen MRT Promenade di laluan MRT Pusat Bandar, stesen itu akan mempunyai susunan platform yang bertindih, dengan platform pada aras berbeza yang berkhidmat di dua hala laluan.

Sejarah sunting

 
Stesen MRTKatong Park dalam pembinaan.

Pada 15 Ogos 2014, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengumumkan bahawa stesen Katong Park akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran laluan Thomson–Pantai Timur (TEL). Stesen ini akan dibina sebagai sebahagian daripada Fasa 4, yang terdiri daripada lapan stesen, iaitu antara Founders' Memorial dan Bayshore, dan dijangka siap pada tahun 2024..[3][4]

Kontrak T305 untuk reka bentuk dan pembinaan stesen Katong Park telah dianugerahkan kepada Shanghai Tunnel Engineering Co. (Singapore) Pte Ltd dengan jumlah sebanyak S$293 juta (US$212.09 juta) pada Januari 2016. Pembinaan stesen telah bermula pada tahun 2016, dan dijangka siap pada tahun 2024 kelak. Pembinaan terowong sepanjang 3.6-kilometer (2.2 bt) memerlukan penggunaan mesin pengorek terowong jenis "Neraca Tekanan Bumi" (EPB) yang berdiameter sekitar 6.35-meter (20.8 ka).[5][6]

Pembinaan Stesen MRT Katong Park dianggap sukar kerana ruang untuk membina stesen adalah terhad, lalu menyebabkan kawasan pembinaan yang sempit di sepanjang Meyer Road. Tanah di sekitar stesen itu merupakan tanah liat lembut kerana ia dibina di atas kawasan tebus guna tanah. Oleh sebab itu, stesen itu akan mempunyai susunan platform yang bertindih antara satu sama lain, sama seperti stesen DTL Promenade dan Stevens, bagi mengurangkan kegunaan tanah di tapak pembinaan stesen. Untuk meminimumkan risiko pembinaan akibat tanah lembut di sekitar stesen, bentangan tanah terpilih telah diperkukuhkan untuk memudahkan kerja-kerja terowong dan dinding diafragma yang mempunyai kedalaman 65 meter (213 ka), melebihi ketinggian kotak stesen yang hanya 28 meter (92 ka).[7][8]

Pada mulanya Stesen MRT Katong Park dijangka akan dibuka pada tahun 2023, tetapi sekatan ke atas pembinaan akibat pandemik COVID-19 di Singapura telah menyebabkan kelewatan dalam pembinaan laluan ini, dan ditangguhkan pada tahun 2024.[9]

Ciri-ciri stesen sunting

Stesen MRT Katong Park terletak di bawah persimpangan Fort Road, Tanjong Rhu Road dan Meyer Road. Stesen MRT ini akan memberi perkhidmatan dan menambah kesalinghubungan kepada penduduk kondominium berdekatan seperti The Belvedere, The Line @ Tanjong Rhu, The Waterside, Fulcrum, De Centurion, Palazzetto, Crystal Rhu, The View @ Meyer, La Ville, Fort Gardens, Emerald East, Fortville, The Meyer Place dan Meyer Residence, serta Dunman High School.[10] Apabila stesen itu siap, ia akan berada di antara stesen MRT Tanjong Rhu dan stesen MRT Tanjong Katong. Kod stesen bagi Stesen MRT Katong Park ialah TE24.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "LTA | News Room | News Releases | Finalised Station Names for Thomson-East Coast Line (East Coast Stretch) and Downtown Line 3 Extension". www.lta.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2020. Dicapai pada 22 April 2020.
  2. ^ "Stages of Thomson-East Coast Line". Land Transport Authority. 15 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2014. Dicapai pada 15 August 2014.
  3. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority & Singapore Land Authority - Thomson-East Coast Line: New MRT Links in the East | Press Room | Land Transport Authority". www.lta.gov.sg. 19 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2014. Dicapai pada 13 February 2020.
  4. ^ "LTA | Upcoming Projects | Rail Expansion | Thomson-East Coast Line". www.lta.gov.sg. 13 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2019. Dicapai pada 13 February 2020.
  5. ^ "LTA | News Room | News Releases | LTA Awards Three Contracts for Thomson-East Coast Line's Tanjong Rhu, Katong Park and Marine Terrace Stations". www.lta.gov.sg. 13 February 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2020. Dicapai pada 13 February 2020.
  6. ^ "Project LTA T305 | STECS". stecs2 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 November 2020.
  7. ^ Yusof, Amir (7 January 2019). "Construction of Katong Park MRT station: Engineers face space constraints, soft ground construction-11093900". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2019.
  8. ^ "LTA | News Room | News Releases | Factsheet: Thomson-East Coast Line Katong Park Station: Mining Tunnels Through the Station". www.lta.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2020. Dicapai pada 13 February 2020.
  9. ^ "Written Reply by Minister for Transport Ong Ye Kung to Parliamentary Question on Updates on Thomson East Coast Line, Jurong Region Line and Cross Island Line". Land Transport Authority. Dicapai pada 17 May 2021.
  10. ^ "Katong Park MRT". Google Maps. Dicapai pada 26 September 2020.
  11. ^ "Future MRT System Map" (PDF). Land Transport Authority (LTA). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 September 2020. Dicapai pada 23 August 2020.

Pautan luar sunting