Stesen MRT Persiaran KLCC

stesen MRT di Kuala Lumpur, Malaysia

Stesen MRT Persiaran KLCC adalah sebuah stesen transit aliran massa (MRT) yang terletak di kawasan KLCC di Kuala Lumpur, Malaysia, menganggotai Laluan Putrajaya.[1]

 PY21  Persiaran KLCC
Rapid_KL_Logo | Stesen MRT
LokasiJalan Binjai, Kuala Lumpur City Centre
Malaysia
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid Rail
Laluan12 Putrajaya
Platform2 platform sisi bertingkat-tingkat
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY21 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Conlay
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Ampang Park
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Butiran stesen sunting

Lokasi sunting

Stesennya terletak di Persiaran KLCC di atas tapak bekas bangunan tempat letak kereta, berhampiran Masjid Asy-Syakirin; Taman KLCC juga tercapai dengan berjalan kaki.

Keluar masuk sunting

Akan terdapat sejumlah tiga pintu keluar masuk. Kini, hanya Pintu B boleh dimasuki disebabkan kerja pembangunan KLCC berhampiran.

Stesen Laluan Putrajaya
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A
Ditunda
Pembangunan KLCC Capaian langsung ke pusat beli-belah akan datang melalui laluan pejalan kaki bawah tanah

Pusat beli-belah, Tower M, Galeri Petronas baharu

 
B Sebelah timur Persiaran KLCC Jalan Binjai, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Ilham Gallery, InterContinental Kuala Lumpur, Menara Binjai, The Troika Condo, Residensi Binjai, Masjid Asy-Syakirin, The Oval KL, Platinum Park, The Binjai On The Park condo,  
C
Ditutup sementara
Sebelah barat Persiaran KLCC Hentian teksi dan tumpangan e-panggilan, capaian aras jalan raya, pusat beli-belah KLCC akan datang  

Sambungan dengan Laluan Kelana Jaya sunting

Walaupun serupa nama, namun Stesen MRT Persiaran KLCC terletak 700 meter jarak berjalan dari Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas yang dilayan langsung oleh  KJ10  Stesen LRT KLCC di 5 Laluan Kelana Jaya yang juga terletak di bawah tanah. Mengikut laporan, terdapat rancangan membina jambatan atau laluan pejalan kaki untuk menyambungkan kedua-dua stesen melalui Suria KLCC.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "MYMRT | MRT Corp - Official webpage for the Klang Valley My Rapid Transit". www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2017-05-29.
  2. ^ "KLCCP Stapled Group to develop its first TOD in KL". Dicapai pada 14 April 2018.

Pautan luar sunting