Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara

Stesen MRT Pusat Bandar Damansara (atau Stesen MRT Pavillion-Pusat Bandar Damansara atas sebab penajaan)[1] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di tengah-tengah bandar Damansara. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[2]

Pavillion-Pusat Bandar Damansara Rapid KL
SBK Line PBD Overall View 2.jpg
Permandangan stesen MRT Pusat Bandar Damansara daripada landasan.
LokasiStesen Pusat Bandar Damansara, Lebuhraya Sprint, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417Koordinat: 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417
Dimiliki olehMRT Corp
Aliran/laluan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang
Platform2 platform sisi
Landasan2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganBus transport Rapid Bus: T817, T818, T819, T820, T850, T852
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen SBK13 
Sejarah
Dibuka16 December 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan SBK
menghala ke Kajang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang   Lebuhraya Sprint di pusat bandar Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran persimpangan Maarof. Terdapat banyak pangsapuri mewah di sekitar stesen seperti Kondominium Bangsar Puteri, Kondominium Sri Penaga, Serai Bukit Bandaraya, Damaisari dan Twins @ Damansara Heights. Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara Bangsar, Menara Millenium, dan pusat membeli-belah Damansara City Mall.

Pelan stesenSunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Manulife-Semantan)
SBK Arah Utara 9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Phileo Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 166 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan basSunting

Bas RapidKL laluan T817, T818, T819, T820, T850 dan T852 berkhidmat di stesen ini.

RujukanSunting

  1. ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'". Diarkib daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  2. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 22 Jul 2017. Dicapai pada 15 Nov 2018.
  3. ^ "Pavilion Damansara Heights Pusat Bandar Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — Pusat Bandar Damansara". MRT Corp. 8 Jun 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.