Stesen MRT Serdang Jaya

stesen kereta api di Selangor, Malaysia

Stesen MRT Serdang Jaya ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) di Seri Kembangan, Selangor yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini dibuka secara rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Serdang Raya Selatan dan Stesen MRT UPM serta mempunyai kod stesen iaitu PY33.[2] Seperti kebanyakan stesen MRT di kawasan Lembah Klang, struktur stesen ini direkacipta sebagai stesen bertingkat.[1]

Serdang Jaya
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Serdang Jaya, Jalan Raya Satu, Kampung Baru Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Koordinat3°01′16″N 101°42′33″E / 3.021213°N 101.709075°E / 3.021213; 101.709075Koordinat: 3°01′16″N 101°42′33″E / 3.021213°N 101.709075°E / 3.021213; 101.709075
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T565, 540, SJ04, SJ05
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalAda
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY32 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 12 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Nama lamaSeri Kembangan[1]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Serdang Raya Selatan
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya UPM
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Penamaan stesen sunting

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Seri Kembangan bakal menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen sepanjang Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Seri Kembangan terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S28. Beberapa tahun kemudian, nama stesen yang digunakan untuk tapak kerja pembinaan iaitu, "Seri Kembangan" telah bertukar menjadi nama stesen sedia kala, iaitu Serdang Jaya.[1]

Pembinaan dan pembukaan sunting

Pembinaan stesen MRT Serdang Jaya adalah dibawah kontrak S206. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S206 telah diberikan kepada syarikat Ahmad Zaki Sdn. Bhd. dengan jumlah sebanyak RM32.14 bilion. Kontrak S206 yang merangkum pembinaan struktur dan kerja berkaitan juga termasuk dengan Stesen MRT Serdang Raya Selatan, di Taman Serdang Raya dan Stesen MRT UPM, di Universiti Putra Malaysia[4][5][6] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V206 iaitu bermula di Serdang Raya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. pada Mac 2017, dengan jumlah sebanyak RM952.09 juta.[4][7] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[1]

Stesen MRT Serdang Jaya telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral.[8] Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[9] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[10] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[9][11][12]

Ciri-ciri stesen sunting

Perkhidmatan sunting

Stesen MRT Serdang Jaya menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Serdang Raya Selatan dan UPM. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY33.

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di Jalan Raya Satu, di kawasan pentadbiran Pekan Serdang, iaitu sebuah pekan dalam Mukim Petaling, di Daerah Petaling, Selangor. Stesen MRT Serdang Jaya bakal menyediakan kemudahan bagi penduduk di sekitarnya seperti Taman Serdang Jaya, Taman Kembang Sari, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, Taman Jinma dan beberapa seksyen kawasan perkampunngan baru Cina, Kampung Baru Seri Kembangan iaitu Kampung Baru Seri Kembangan 11 dan Kampung Baru Seri Kembangan 12. Mercu tanda berhampiran dengan stesen ini dalam lingkungan 100 meter ialah Balai Polis Seri Kembangan, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Pangsapuri PKNS, Surau Al-Firdaus Kampung Seri Kembangan 11, Stadium MPSJ Seri Kembangan, Surau Al-Yaqeen Pangsapuri PKNS, Dataran Mutiara, Mutiara Residence @ Serdang, Balai Masyarakat MBSJ Taman Serdang Jaya, dan Kolam Takungan Banjir Sri Serdang.[13]

Infrastruktur sunting

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Serdang Jaya tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar aras jalan.[2] Stesen MRT Serdang Jaya dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan yang landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar stesen.[13]

Pintu stesen sunting

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Gambar
A Jalan Raya 1
     
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Balai Polis Seri Kembangan, Balai Bomba dan Penyelamat dan Penyelamat Seri Kembanga, Pangsapuri PKNS, Surau Al-Yaqeen Pangsapuri PKNS, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan  
B Jalan Raya 1
   
Hentian sebelah teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Taman Kembang Sari, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Serdang Jaya, Balai Masyarakat Taman Serdang Jaya, Mutiara Residence @ Serdang, Dataran Mutiara  

Buat masa sekarang, stesen MRT Serdang Jaya mempunyai dua pintu masuk dan keluar sahaja.[1][13]

Kesalinghubungan sunting

Perkhidmatan bas sunting

Perkhidmatan bas di Stesen MRT Serdang Jaya terletak di Hab MRT Serdang Jaya Pintu A.[14][15]

Sambungan ke KTM Komuter sunting

Stesen MRT Serdang Jaya terletak 2km timur ke Stesen KTM Serdang. Penumpang dari stesen KTM Serdang yang hendak menukar ke stesen MRT Serdang Jaya perlu melalui laluan bas 540 dan SJ04. Manakala penumpang dari stesen MRT Serdang Jaya yang hendak menukar ke stesen KTM Serdang perlu menaiki bas pengantara MRT T565 dan turun di hentian bas Flat Taman Muhhibah (laluan bas T565 tidak melalui hentian bas Stesen KTM Serdang), seterusnya menaiki jejantas yang disediakan untuk ke stesen KTM Serdang. Manakala penumpang juga boleh turun di hentian bas The Mines dan berjalan kaki selama 10 minit melalui kawasan komersial Taman Sungai Besi Indah Seksyen 4 untuk ke stesen.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  2. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  4. ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  5. ^ SunBiz (8 Mac 2019). "Uni Wall APS secures RM32.14m MRT subcontract from Ahmad Zaki". thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). The Sun. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  6. ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  7. ^ "MRT Corp awards RM2.73bil contracts to four companies". The Star (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group. 10 Mac 2017. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  8. ^ FMT Reporters (3 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya buka sepenuhnya 16 Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  9. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  10. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  11. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  12. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  13. ^ a b c "Stesen MRT Serdang Jaya, Malaysia – Laluan Putrajaya". www.mymrt.com.my. MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  14. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  15. ^ "Jadual Bas Smart Selangor". Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Dicapai pada 8 Mac 2023.

Pautan luar sunting