Stesen MRT Sungai Jernih

Stesen MRT Sungai Jernih ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai Saujana Impian dan Sungai Kantan.[2]

Sungai Jernih Rapid KL
سوڠاي جرنيه
LokasiStesen Sungai Jernih, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Koordinat3°00′02.7″N 101°47′02.69″E / 3.000750°N 101.7840806°E / 3.000750; 101.7840806Koordinat: 3°00′02.7″N 101°47′02.69″E / 3.000750°N 101.7840806°E / 3.000750; 101.7840806
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T456
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan549 petak parkir kereta dan 294 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK33 
Sejarah
Dibuka17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri Stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di atas   Jalan Cheras di Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Persimpangan Saujana Impian   Lebuhraya Grand Saga. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh MRT Kajang, Hospital Pakar KPJ Kajang, Kompleks Ostia Kajang, Lotus's Kajang dan Taman Sri Kantan.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Stadium Kajang)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bukit Dukung)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 549 petak parkir kereta dan 294 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T456 berkhidmat di stesen ini dan bas RapidKL laluan 450 berkhidmat di hentias bas Kpj Kajang berdekatan.

Pintu masuk dan keluar sunting

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Sungai Jernih. Pintu A dan Pintu B masing-masing terletak di Jalan Cheras. Pintu B menempatkan kawasan parkir kenderaan peribadi yang dibina bertingkat.

Stesen Laluan Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Jalan Cheras Kampung Sungai Jernih, perhentian bas (Arah Kuala Lumpur)  
B Jalan Cheras Hentian sebelah bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Hospital Pakar KPJ Kajang, Lotus's Kajang, Kampung Sungai Kantan  
Park & Ride Kawasan parkir kenderaan  

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Sungai Jernih — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — MSPR Sungai Jernih". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.