Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail

(Dilencongkan dari Stesen MRT TTDI)

Stesen MRT TTDI (atau stesen MRT Taman Tun Dr Ismail) ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[1]

TTDI Rapid KL
تامن تون د.إسماعيل
Permandangan stesen TTDI pada waktu petang.
Nama lainTaman Tun Dr Ismail
LokasiStesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E / 3.1360889; 101.6307667Koordinat: 3°8′9.92″N 101°37′50.76″E / 3.1360889°N 101.6307667°E / 3.1360889; 101.6307667
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T813, T814
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK10 
Sejarah
Dibuka16 December 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Damansara di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia. Di barat laut stesen terletaknya Menara Glomac dan Damansara Kim[2] manakala di utara stesen terletaknya PrimaNora Medical Centre.[3] Juga terletak berhampiran stesen adalah Menara LGB TTDI, Plaza VADS, pusat membeli-belah Glo Damansara, Glomac Damansara Residences, Kiara Green Townhouses, The Greens Condo TTDI, Pasar Besar TTDI, Hospital KPJ Damansara, Kubur Islam Bukit Kiara, SS 20 Petaling Jaya dan Taman Rimba Kiara.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Phileo Damansara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bandar Utama)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Pintu stesen sunting

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail iaitu Pintu A dan Pintu B. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai kemudahan mesra bagi pengguna OKU, lif, eskalator dan tangga yang menuju ke aras legar stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi sepenuhnya di Pintu A dan Pintu B.[5][6] Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan pangsapuri TTDI Ascencia dan Menara Glomac manakala Pintu B pula, terletak di timur stesen berdekatan dengan bangunan komersial Jalan Wan Kadir 3 dan kondominium The Plaza TTDI.[4][7]

Pintu Lokasi Destinasi utama dan kawasan berhampiran Kemudahan Gambar
Tangga   Eskalator   Lif   OKU   Bas  
A Barat stesen Jalan Damansara
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. TTDI Ascencia, Menara Glomac, Glo Damansara, Pusat Perubatan KPJ Damansara.
           
B Timur stesen Jalan Wan Kadir 4
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Komersial Jalan Wan Kadir 4, Komersial Jalan Wan Kadi 4, TTDI Plaza, Menara LGB, The Residence, TTDI Market
           

Sambungan sunting

Perkhidmatan bas sunting

Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T813 (MRT Taman Tun Dr Ismail–Damansara Jaya) dan T814 (MRT Taman Tun Dr Ismail-Taman Tun Dr Ismail).[8] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[6]

Laluan Koridor Pengendali Terminal[8] Jumlah perhentian[5][9]
(termasuk terminal)
Melalui[9] Sambungan
Jalan raya Petempatan
 T813  Koridor Damansara Rapid KL MRT Taman Tun Dr Ismail Pintu A SMK Damansara Jaya (Berlawanan) 14 Jalan Damansara
Lebuhraya Damansara-Puchong
Jalan SS21/56
Jalan SS21/1
Lebuhraya Sprint
Jalan SS22/23
Jalan SS22/43
Jalan SS22/41
Damansara Jaya, Damansara Kim, Damansara Utama T814, 800 (perkhidmatan tamat)
 T814  MRT Taman Tun Dr Ismail Pintu B Komersial Datuk Sulaiman 16 Jalan Wan Kadir 5
Jalan Dato Sulaiman
Persiaran Zaaba
Jalan Burhanuddin Helmi 2
Jalan Athinahappan
Lebuhraya Damansara-Puchong
Lebuhraya Sprint
Taman Tun Dr Ismail T813

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  2. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
  3. ^ Daz Manan (16 Okt 2017). "MRT stop in top-notch TTDI township". Sg Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Okt 2017. Dicapai pada 12 Nov 2018.
  4. ^ a b "Taman Tun Dr Ismail — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  5. ^ a b "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  6. ^ a b "Maklumat Laluan Bas Rapid KL: MRT Taman Tun Dr Ismail (T813) dan (T814) - Pintu A dan B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 20 Januari 2020.
  7. ^ "Taman Tun Dr Ismail MRT Station" [Stesen MRT Taman Tun Dr Ismail]. Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
  8. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  9. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.