Stesen MRT Taman Connaught

Stesen MRT Taman Connaught ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tenggara Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Connaught yang terletak di barat stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Plaza Pheonix.[2]

Taman Connaught Rapid KL
تامن كونوت
LokasiStesen MRT Taman Connaught, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T410, T411, T412, 450
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK26 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri Stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di atas   Lebuhraya Grand Saga di Cheras, Kuala Lumpur. Stesen ini terletak berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor di sebelah timur stesen dan persimpangan hibrid antara   Lebuhraya Grand Saga,   Jalan Cheras dan   Lebuhraya Salak di barat daya stesen. Pusat membeli-belah Cheras Sentral Mall terletak di selatan stesen dan terdapat laluan pejalan kaki menghubungkan terus ke aras legar stesen ini. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Connaught, Taman Cheras Hartamas, Taman Len Seng, Cheria Height Apartment, Maxim Residences, dan Maktab Polis Diraja Malaysia.

Pelan stesen sunting

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Taman Suntex)
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Taman Mutiara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki ke Cheras Sentral Mall  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas sunting

Bas RapidKL laluan T410, T411, T412, 450 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Taman Connaught — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.