Stesen MRT Taman Suntex
Stesen MRT Taman Suntex ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Suntex yang terletak di timur laut stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]
![]() | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Taman Suntex, Jalan Taman Suntex, Batu 9 Cheras, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. | ||||||||||
Koordinat | 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°EKoordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Aliran/laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Landasan | 2 | ||||||||||
Sambungan | ![]() ![]() | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
K. letak kenderaan | 80 petak parkir kereta dan 30 petak parkir motosikal | ||||||||||
Capaian OKU | Ya ![]() | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK27 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
sunting |
Ciri-ciri StesenSunting
LokasiSunting
Stesen ini terletak di barat laut Taman Suntex, Cheras, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Hulu Langat Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Pasar Suntex, Taman Seri Aman, Taman Lagenda Mas, Taman Putri Jaya, Taman Suntex dan Kampung Sungai Raya.
Pelan stesenSunting
L2 Platform |
SBK Arah Selatan | → Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Sri Raya) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SBK Arah Utara | ← Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Taman Connaught) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 80 petak parkir kereta dan 30 petak parkir motosikal.[3]
Perkhidmatan basSunting
Bas RapidKL laluan T413 berkhidmat di stesen ini manakala bas RapidKL laluan T406 dan 450 berkhidmat berhampiran stesen ini di hentian bas Pasar Suntex.
RujukanSunting
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ "Taman Suntex — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Taman Suntex". MRT Corp. 20 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mei 2019.
Rencana kereta api ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |