Stesen MRT Woodlands

Stesen MRT Woodlands (NS9) ialah sebuah stesen MRT yang terletak di Woodlands, Singapura. Stesen ini terletak berdekatan dengan Stesen Pertukaran Bas Woodlands yang memudahkan pengguna untuk meneruskan perjalanan menggunakan bas atau MRT. Stesen ini juga terletak berhampiran Causeway Point Shopping Centre, sebuah pusat membeli-belah di Woodlands.

Stesen MRT Woodlands
Woodlands MRT Station
兀兰地铁站
உட்லண்ட்ஸ்
Woodlands MRT station Platform Level
Lokasi30 Woodlands Avenue 2
Singapura 738343 (NSL)
11 Woodlands Square
Singapura 737736 (TEL)
LaluanLaluan Utara Selatan (NSL)
Laluan Thomson Pantai Timur (TEL)
PlatformPulau
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturDitinggikan
Tingkat platform3
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesenNS9/TE2
Sejarah
Dibuka10 Februari 1996 (NSL)
31 Januari 2020 (TEL)
Lokasi
Map

Stesen ini dibuka pada 10 Februari 1996. Stesen ini terletak ditinggikan di atas tanah. Sejak 31 Januari 2020, stesen ini berintegerasi dengan Stesen MRT Woodlands Laluan Thomson Pantai Timur secara bawah tanah.

Pautan Luar

sunting
  1. (Inggeris) https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/getting_around/public_transport/rail_network.html