Stesen MRT Merdeka

(Dilencongkan dari Stesen Merdeka)

Stesen MRT Merdeka ialah stesen transit aliran massa (MRT) di tengah Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Stadium Merdeka yang terletak di tenggara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1]

Merdeka Rapid KL
مرديک
LokasiStesen Merdeka, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′31.09″N 101°42′7.38″E / 3.1419694°N 101.7020500°E / 3.1419694; 101.7020500Koordinat: 3°8′31.09″N 101°42′7.38″E / 3.1419694°N 101.7020500°E / 3.1419694; 101.7020500
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform1 platform tengah
Trek2
Sambunganstesen pertukaran  AG8   SP8  Plaza Rakyat
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK17 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Ciri-ciri Stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di bawah Jalan Hang Tuah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah selatan stesen adalah Menara Warisan Merdeka KL 118, yang akan menjadi menara tertinggi Kuala Lumpur dan Malaysia, manakala di sebelah tenggara stesen adalah Stadium Merdeka di mana Tanah Melayu diisytiharkan merdeka daripada British pada 31 Ogos 1957. Terdapat banyak sekolah-sekolah berhampiran stesen termasuk SJK (C) Jalan Davidson, SMK (Lelaki) Methodist Kuala Lumpur, SK (Lelaki) Methodist, SMJK Confucian, Sekolah Menegah (Swasta) Stella Maris dan Victoria Institution (SMK Victoria). Juga berhampiran stesen adalah Stadium Negara, Stadium Chin Woo, bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), YWCA, bangunan Persekutuan Wushu Malaysia, Wisma OCM, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar, Menara Wesley, UTC Pudu, Hotel Swiss-Garden Bukit Bintang, Gereja Methodist Wesley dan Gereja Katolik St. Anthony.

Pelan stesen sunting

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  
B1 Aras legar atas Sambungan aras legar bawah dengan pintu A dan pintu B stesen  
B2 Aras legar bawah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 3 4 Pasar Rakyat  
B3
Platform
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Pavillion-Bukit Bintang)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Pasar Seni)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2]

Reka Bentuk Dalaman sunting

Dinding yang memaparkan Rukun Negara di stesen MRT Merdeka.

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Merdeka telah diberi tema "Kemerdekaan" kerana lokasinya berhampiran lokasi bersejarah Stadium Merdeka dimana Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada Empayar British pada 31 Ogos 1957.[3]

Tema ini diperlihatkan melalui beberapa ciri-ciri seperti sebuah dinding di aras legar atas yang mengandungi prinsip-prinsip Rukunegara dan sebuah lagi dinding di aras yang sama mengandungi gambaran pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman.[3] Manakala di aras legar bawah, setiap tiang dihiasi dengan bendera dan jata negeri setiap negeri di Malaysia.

Pertukaran sunting

Stesen ini terletak kira-kira 200 meter (0.20 km) selatan 3 4 stesen Plaza Rakyat. Terdapat sebuah laluan pejalan kaki berbayar sepanjang 180 meter (0.18 km) menghubungkan stesen ini dengan stesen tersebut. Penumpang tidak perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan MRT ke LRT dan sebaliknya.

Stesen Hang Tuah juga terletak kira-kira 600 meter (0.60 km) daripada stesen ini dan dalam jarak berjalan kaki.

Galeri sunting

Stesen sunting

Sambungan LRT Plaza Rakyat sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ "Merdeka — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  3. ^ a b Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
  4. ^ "Innovative designs for transit furniture" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. 2016-05-01. Dicapai pada 24 Mei 2019.