Stesen Monorel Imbi

Stesen Monorel Imbi ialah stesen monorel bertingkat dalam aliran KL Monorail, yang terletak di atas Jalan Imbi, kawasan Segi Tiga Emas pusat bandaraya Kuala Lumpur. Stesen ini nyata merupakan antara stesen-stesen paling sibuk sepanjang aliran KL Monorail kerana dikelilingi pusat beli-belah, tak kira waktu kemuncak atau sebaliknya.

 MR5 
Stesen Monorel Imbi
ستيسين مونوريل ايمبي
Stesen KL Monorail
LokasiJalan Imbi, Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°8′34″N 101°42′33″E / 3.14278°N 101.70917°E / 3.14278; 101.70917
Dimiliki olehKL Infrastructure Group Limited (KL Infra)
LaluanKL Monorail (2003 – kini)
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Templat letak kenderaanNone
Maklumat lain
Kod stesen MR5 
Sejarah
Dibuka31 Ogos 2003
Lokasi
Map

Stesen ini terletak di daerah Imbi, di atas Jalan Imbi, di antara pusat-beli belah Berjaya Times Square dan Plaza Berjaya. Berjaya Time Square dibuka dua bulan selepas stesen mula beroperasi. Stesen ini ada empat pintu keluar masuk, iaitu satu sebagai pintu masuk Berjaya Time Square, satu sebagai pintu masuk Plaza Berjaya, dan dua lagi ke bawah kedua-dua belah Jalan Imbi.

Stesen Imbi juga cukup dekat dengan beberapa buah lagi kawasan beli-belah di Bukit Bintang, termasuk Low Yat Plaza, Imbi Plaza, Sungei Wang Plaza dan BB Plaza.

Hubungan bas rapidKL sunting

Stesen Monorel Imbi boleh dicapai dengan menaiki bas rapidKL yang berikut:

Stesen sebelumnya Stesen berikutnya
Hang Tuah   KL Monorail   Bukit Bintang