Stesen Sungai Besi
Stesen Sungai Besi ialah stesen LRT yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sungai Besi. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998. Laluan Putrajaya (PY) siap sepenuhnya dan dibuka pada 16 Mac 2023
Lokasi | Stesen Sungai Besi, Jalan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°EKoordinat: 3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°E | ||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||||||||
Laluan | 4 Laluan Sri Petaling 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||||||||||||
Platform | 4 platform sisi | ||||||||||||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||||||||||||
Sambungan | Rapid KL: T559, T560 | ||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 88 petak parkir | ||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||
Kod stesen | SP16 | ||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||
Dibuka | 4 11 Julai 1998 12 16 Mac 2023 | ||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di sepanjang Jalan Sungai Besi, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa lebuh raya dan persimpangan berhampiran stesen ini antaranya Persimpangan Sungai Besi Lebuhraya Sungai Besi dan Persimpangan Sri Petaling Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban. Juga terletak berhampiran stesen adalah pekan Sungai Besi, kawasan komersial The Trillium, Balai Polis Sungai Besi dan Pangsapuri Permai.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
SP Arah Selatan | → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bukit Jalil) | |
SP Arah Utara | ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bandar Tasik Selatan) | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 88 petak parkir kereta.[2]
Rujukan
sunting- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.