Stesen Titiwangsa adalah stesen bagi Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling dan Monorel KL yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen pertukaran bagi dua laluan RapidKL, iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling dengan Monorel KL. Stesen ini merupakan salah satu daripada dua stesen pertukaran berbayar bagi LRT dengan Monorel, satu lagi adalah stesen Hang Tuah.

Titiwangsa Rapid KL
تيتيواڠسا
Pandangan luar di sebelah timur Stesen Laluan Ampang (LRT) Titiwangsa.
LokasiStesen Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′23″N 101°41′43″E / 3.17306°N 101.69528°E / 3.17306; 101.69528Koordinat: 3°10′23″N 101°41′43″E / 3.17306°N 101.69528°E / 3.17306; 101.69528
Laluan3 Laluan Ampang
4 Laluan Sri Petaling
8 KL Monorail
12 Laluan Putrajaya (Dibuka Julai 2022)
Platform4 platform sisi
Trek3
Pengendali kereta api3 4 8 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Hab Titiwangsa
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Maklumat lain
Kod stesen AG3   SP3   MR11 
Sejarah
Dibuka3 4 11 Julai 1998
8 31 Ogos 2003
Akan dibuka12 Julai 2022
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sentul
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang PWTC
menghala ke Ampang
Laluan Sri Petaling PWTC
menghala ke Putra Heights
Chow Kit
menghala ke Monorel KL Sentral
Monorel KL Terminal
Sentul Barat
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Hospital Kuala Lumpur
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Sejarah sunting

Stesen LRT STAR (kini Laluan Ampang dan Sri Petaling) dibuka pada 11 Julai 1998 sebagai sebahagian daripada segmen kedua Laluan STAR dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur. Laluan KL Monorail pula mula berkhidmat di stesen ini pada 31 Ogos 2003.[1] Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP) akan mula berkhidmat di stesen ini pada bulan Julai 2022.[2]

Lokasi sunting

Stesen LRT Titiwangsa terletak di sepanjang Jalan Pahang berhampiran Jalan Tun Razak di Pekeliling, Kuala Lumpur dan Stesen Monorel Titiwangsa terletak di atas Jan Tun Razak. Disepanjang barat stesen LRT adalah Sungai Gombak manakala di selatan stesen Monorel adalah Terminal Bas Pekeliling. Juga terletak berhampiran stesen adalah Masjid Bulatan Pahang, tokong Buddha Wat Meh Liew, kuil Dewi Sree Karumariamman, Wisma Koperasi Tentera, Institut Perubatan Respiratori, hotel Vistana Kuala Lumpur, Hospital Veterinar Sentul, Hospital KPJ Sentosa KL, Pejabat Pertubuhan Perubatan Malaysia, Plaza Permata, Kompleks Damai dan Pekeliling Business Centre.

Pelan stesen sunting

L2
Platform LRT
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
AG/SP Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (PWTC)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (PWTC)
AG/SP Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Sentul)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sentul)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras Legar LRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar Monorel  
L1
Platform Monorel
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah  
MR Arah Selatan 8 KL Monorail menghala ke  MR1  KL Sentral (Chow Kit)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di kedua-dua belah  
M Aras Legar Monorel Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT  
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, Hab Bas Pekeliling, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT Titiwangsa dan stesen Monorel Titiwangsa. Stesen LRT Titiwangsa adalah stesen bertingkat di sepanjang Sungai Gombak. Stesen Monorel Titiwangsa pula adalah stesen bertingkat di atas Jalan Tun Perak. Kedua-dua stesen mempunyai tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Titiwangsa. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen.

Stesen LRT Hang Tuah mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar LRT untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen Monorel Hang Tuaah mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Tun Perak untuk perkhidmatan KL Monorail.

Perkhidmatan Bas sunting

Bas Rapid KL laluan 254, 302, 402 dan laluan percuma GOKL iaitu Merah, Biru, Jingga berkhidmat di hub Titiwangsa, juga dikenali sebagai hentian bas utama Terminal Pekeliling yang berlokasi sebelah utara Sungai Gombak. Terdapat perkhidmatan bas antara bandar dari sini ke bandar utama di Pahang Barat termasuk Genting Highlands, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Jerantut, Temerloh dan Triang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Monorail operations to start on National Day". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 24 Jul 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jan 2020. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 5 Jan 2020.