Stesen Yihezhuang (Cina ringkas: 义和庄站Cina tradisional: 義和莊站pinyin: Yìhézhuāng Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Yihezhuang

义和庄
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Xinyuan dan Jalan Xinghua, Daerah Daxing, Beijing, China
Koordinat39°42′45″N 116°19′09″E / 39.712387°N 116.319079°E / 39.712387; 116.319079Koordinat: 39°42′45″N 116°19′09″E / 39.712387°N 116.319079°E / 39.712387; 116.319079
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan Daxing
Platform2 (1 platform pulau)
Trek2
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
Dibuka30 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-30)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Huangcunzhan
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Shengwu Yiyao Jidi
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Yihezhuang dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi sunting

Stesen Tiangongyuan terletak di bawah tanah persimpangan Jalan Xinyuan (Cina ringkas: 新源大街pinyin: Xīnyuán Dàjiē) dan Jalan Xinghua (Cina ringkas: 兴华大街pinyin: Xīnghuá Dàjiē).[3][3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan perumahan Hengda Weilaicheng (恒大未来城) dan Wanketiandi (万科天地).[3]

Perkhidmatan sunting

Pelan stesen sunting

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis  
B2 Platform
Arah Utara
   Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Huangcunzhan)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan  
Platform
Arah Selatan
   Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Shengwu Yiyao Jidi)

Dalaman stesen sunting

Dalaman stesen
Aras legar stesen, Stesen Yihezhuang.

Aras legar stesen Yihezhuang terletak di aras bawah tanah, di simpang tiga Jalan Xinyuan dan Jalan Xinghua. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar selatan berdekatan dengan pintu keluar C dan D. Stesen Yihezhuang juga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Yihezhuang mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian sunting

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Yihezhuang, pintu A, B, C dan D. Pintu B mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Jalan Xinyuan
(清华西路)
Kawasan Perumahan Hengda Weilaicheng dan Wanketiandi, Taman Rimba BINHE Daxing  
B Jalan Xinyuan
(清华西路)
Jalan Xinghua, Jalan Jinhe Selatan, Tadika Tahoe, Tahoe Lane Lif untuk OKU  
C Jalan Xinyuan
(清华西路)
Jalan Xinghua, Jalan Yizhong  
D Jalan Xinyuan
(清华西路)
Jalan Xinghua, Taman Rekreasi Niantan  

Sambungan sunting

 
Bas laluan 934 di Stesen Yihezhuang.

Apabila stesen Yihezhuang dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 456
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 934
  • Daxing Bus: 兴13, 兴15, 兴16, 兴37, 兴45, 兴46, 兴48, 兴55, 兴65, 兴66, 兴77, 兴81, 兴82

Rujukan sunting

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c d "Around the Station – Yihezhuang – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Yihezhuang – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c d "Facility – Yihezhuang – Beijing MTR" [Infrastruktur – Yihezhang – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar sunting