Stesen Zhongguancun

Stesen Zhongguancun (Cina ringkas: 中关村站Cina tradisional: 中關村站pinyin: Zhōngguāncūn Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]

Zhongguancun

中关村
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiJalan Zhongguancun, Haidian, Beijing China
Koordinat39°58′59.24″N 116°18′37.34″E / 39.9831222°N 116.3103722°E / 39.9831222; 116.3103722Koordinat: 39°58′59.24″N 116°18′37.34″E / 39.9831222°N 116.3103722°E / 39.9831222; 116.3103722
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan 4
Platform2 (1 platform pulau)
Trek3
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
DibukaSeptember 28, 2009
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Beijing Daxue Dongmen
menghala ke Anheqiaobei
Laluan 4 Haidian Huangzhuang
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Stesen Zhongguancun dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]

Lokasi sunting

Stesen Zhongguancun terletak di bawah tanah Jalan Zhongguancun (Cina ringkas: 中关村大街pinyin: Zhōngguāncūn Dàjiē).[3]

Ciri-ciri stesen sunting

Pelan stesen sunting

Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-E, hentian bas dan teksi
Aras Bawah
Aras Legar
Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis  
Aras Platform    4  menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Haidian Huangzhuang)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan  
   4  menuju ke Anheqiaobei (Beijing Daxue Dongmen)

Dalaman stesen sunting

Dalaman stesen
Aras legar stesen, Stesen Zhongguancun.
Mesin tiket layan diri di aras legar stesen, Stesen Zhongguancun.
Panorama aras platform stesen, Stesen Zhongguancun.

Terdapat satu aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di bawah tanah Jalan Zhongguancun. Bahagian aras legar di utara menyediakan pintu keluar A1, A2 dan B, bahagian selatan aras legar pula menyediakan pintu keluar C1, C2 dan D, manakala di pusat aras legar, terdapat pintu keluar E. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang masing-masing disediakan di bahagian tengah dan utara–selatan aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen di aras legar selatan dan pondok bit polis yang terletak di aras legar utara berdekatan dengan pintu keluar A dan B. Stesen Zhongguancun dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, PSBC, dan CCB.[4] Stesen Zhongguancun mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[4]

Pintu masuk dan keluar sunting

 
Lif beserta landasan yang landai di pintu A1 untuk kemudahan OKU.
Pintu masuk dan keluar stesen
Pintu A1 menuju ke Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路)
Pintu A2 menuju ke pusat membeli-belah Zhongguancun Plaza
Pintu B menuju ke Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路)
Pintu C1 menuju ke Pusat Inovasi, Pendidikan dan Internet Chung Kwan Tsuen
Pintu C3 menuju ke Jalan Zhongguancun (中关村大街)
Pintu D menuju ke Jalan Zhongguancun (中关村大街)
Pintu E menuju ke Jalan Zhongguancun (中关村大街)

Tujuh pintu stesen yang dibina di stesen Zhongguancun, pintu A1, A2, B, C1, C3, D dan E. Pintu A mempunyai landasan landai untuk orang kurang upaya (OKU).[3]

Pintu Lokasi Destinasi Kemudahan
A1 Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路) Pusat Pembangunan Sains dan Teknologi Pasifik Universiti Peking, Wusi Sports Activity Center of Peking University Lif untuk OKU
A2 Laluan pejalan kaki bawah tanah ke pusat membeli-belah Zhongguancun Plaza, Jalan Haidanbeiyue (海淀北一街)
B Jalan Lingkaran Keempat Utara (北四环西路) Stadium Zhongguancun, Sekolah Rendah Pertama Zhongguancun, Sekolah Rendah Kedua Zhongguancun, Tadika Nombor Satu Jalan Zhongguancun, Perpustakaan Akademi Sains Cina,Pejabat Pos China Post Keiyuan
C1 Laluan pejalan kaki bawah tanah ke Pusat Inovasi, Pendidikan dan Internet Chung Kwan Tsuen, Bangunan Zhongguancun MOCC Times, Beijing Centergate
C3 Jalan Zhongguancun (中关村大街) Banguan Zhongke, Affiliated High School of Peking University, Hospital Zhongguancun
D Jalan Zhongguancun (中关村大街) Zhongguancun e-Plaza Fortune Center, Pejabat Sub-daerah Daerah Haidian, Mahkamah Rakyat Daerah Haidian
E Jalan Zhongguancun (中关村大街) Bangunan Founder International, Bangunan Elektrik Dinghao

Rujukan sunting

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ a b "Around the Station – Zhongguancun – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Zhongguancun – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ a b "Facility – Zhongguancun – Beijing MTR" [Prasarana – Zhongguancun – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar sunting