Stesen Kajang
Stesen Kajang adalah stesen kereta api dan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak di Kajang, Selangor. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).[4][5] Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan.
Stesen kereta api komuter, antarabandar dan alihan cepat | |||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Bahagian dalam bangunan stesen baharu. | |||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 2°58′58″N 101°47′25″E / 2.98278°N 101.79028°E | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid Rail Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | 1 Laluan Seremban 9 Laluan Kajang ETS KTM ETS | ||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 1 platform sisi and 1 platform tengah (KTM) 1 platform tengah (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 4 (KTM) 2 (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sambungan | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | KB06 Permukaan SBK35 Bertingkat | ||||||||||||||||||||||||||||||
Tingkat platform | 4 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tersedia dengan pembayaran. 1460 tempat letak kereta; 600 tempat letak motosikal. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan basikal | Tersedia. 31 tempat letak basikal | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KB06 SBK35 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1897 (KTM) 17 Julai 2017 (MRT) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dibina semula | 10 November 1995 (KTM) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dielektrikkan | 1995 (KTM) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Stesen bersepadu dibuka pada 17 Julai 2017 seiring dengan pembukaan fasa kedua Laluan SBK. Stesen ini merupakan termius selatan Laluan SBK.
Sejarah Sunting
KTM Sunting
Stesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Sungei Besi dan Kajang dibuka.[6]
Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]
Projek MRT Lembah Klang Sunting
Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai 2017.[7] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.
Ciri-ciri stesen Sunting
Lokasi Sunting
Stesen Kajang terletak kira-kira 1km selatan dari pekan Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.
Pelan stesen Sunting
L2 Platform |
SBK Arah Selatan | 9 Laluan Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 Kwasa Damansara (Stadium Kajang) | |
L1 | Aras Legar Umum | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta |
G Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
KTM Arah Selatan | → 1 Laluan Seremban menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Kajang 2) → ETS ETS Gold menghala ke Gemas (Seremban) | |
Landasan pintasan | ||
KTM Arah Utara | ← 1 Laluan Seremban menghala ke Batu Caves (Serdang) ← ETS ETS Gold menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Bandar Tasik Selatan) | |
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini | ||
Landasan tidak digunakan | ||
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang; satu platform tengah dan satu platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[9]
Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.
Perkhidmatan Bas Sunting
Bas RapidKL laluan 450, T451, T461, T462, T463 dan T464 berkhidmat di stesen ini.
Pintu masuk dan keluar Sunting
Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kajang. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar berada di kedua-dua sisi trek stesen KTM, dengan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke jalan umum untuk stesen KTM dan MRT. Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan Reko. Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniya Swami dan Taman Hijau manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di timur stesen berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu, Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit dan bangunan parkir bertingkat.[10]
Stesen Laluan Kajang | |||
Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
---|---|---|---|
A | Jalan Reko | Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. | |
B | Jalan Bukit | Hentian sebelah untuk teksi sahaja |
Galeri Sunting
Am Sunting
-
Laman utama stesen Kajang.
MRT Sunting
-
Tangga gerak menuju ke platform stesen.
-
Platform stesen MRT Kajang.
-
Permandangan Kajang dari platform stesen.
-
Trren menghampiri platform stesen MRT Kajang.
-
Papan tanda elektronik di stesen MRT Kajang menunjukkan bahawa ini ialah stesen terminal.
-
Pembinaan stesen MRT Kajang.
KTM Sunting
-
Pusat perkhidmatan pelanggan yang dibina di stesen KTM.
-
Permandangan stesen KTM sebelum jajaran MRT Laluan Kajang dibina.
-
Tren KTM Komuter menghampiri platform stesen.
-
Platform 2 stesen keretapi Kajang.
Rujukan Sunting
Petikan Sunting
- ^ "Rapid Bus Line 450". Moovit. Feb 21, 2016. Dicapai pada October 15, 2018.
- ^ "MRT Feeder Bus Line T451". Moovit. Mar 6, 2018. Dicapai pada October 15, 2018.
- ^ "List of RapidKL MRT Feeder Bus". myRapid. Dec 14, 2016. Dicapai pada Oct 15, 2018.
- ^ Bernama (2019-09-30). "RapidKL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baru 2020". Malaysia Kini. Dicapai pada 2021-10-18.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ Mohamed 1985, m/s. 55.
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ "Kajang — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — MSPR Kajang". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Kajang MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
Bibilografi Sunting
- Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management.