Stesen Kepong Sentral
Stesen Komuter Kepong Sentral merupakan sebuah stesen keretapi KTM Komuter di Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan sebahagian daripada Laluan Pelabuhan Klang dan juga menyediakan perkhidmatan KTM ETS. Stesen ini terletak di sebelah barat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
KA15 Stesen kereta api komuter dan antarabandar | ||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||
Laluan | Laluan kereta api Pantai Barat | |||||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | |||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||||||||||
Sambungan | Stesen sambungan ke PY08 Sri Damansara Timur Selangor Omnibus:100, 104, 107 | |||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | 2 ETS Atas Tanah | |||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | |||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KA07 | |||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 2 1 Julai 2006 | |||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||
Stesen ini juga dihubungkan dengan stesen MRT Sri Damansara Timur melalui satu jambatan, menghubungkan Laluan Pelabuhan Klang dan Laluan Putrajaya.
Sejarah
suntingStesen ini merupakan stesen tambahan KTM Komuter yang dibuka pada 1 Julai 2006. Mulai dari 1 Disember 2008, stesen ini menjadi salah satu stesen kereta api antarabandar dalam Laluan Ipoh-KL Sentral.[perlu rujukan] Namun pada Ogos 2010, laluan ini telah dihentikan dan digantikan dengan perkhidmatan KTM ETS ke Ipoh.
Pada 16 Jun 2022, satu stesen MRT telah dibuka di sini sebagai stesen pertukaran kepada Laluan Putrajaya. Pada mulanya stesen MRT ini dinamakan sebagai Kepong Sentral namun telah ditukar kepada Sri Damansara Timur ketika pembukaannya.
Perkhidmatan bas
suntingBas Selangor Omnibus laluan 100, 104 dan 107 berkhidmat di stesen ini.