Stesen keretapi Port Weld

Stesen kereta api Port Weld terletak di Port Weld, Perak. Pelabuhan Weld ini telah ditukar namanya kepada yang asal iaitu Kuala Sepetang.

Tujuan utama British membina landasan kereta api dari Taiping ke Port Weld ialah bagi mengangkut bijih timah yang banyak di kawasan Larut, Taiping dan Matang. Sebelum adanya landasan kereta api, bijih timah diangkut melalui Sungai Larut dan terus ke Pulau Pinang. Menerusi Pelabuhan Pulau Pinang, bijih timah akan dieksport ke Britain.

Sungai Larut tidak lagi sesuai dengan jumlah bijih timah yang banyak. Perang Larut berlaku antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San menyebabkan pengangkutan sungai Larut tidak cukup selamat. Muara Sungai Larut juga semakin cetek untuk kapal-kapal masuk dan rapat ke tepian.