Stesen keretapi Segamat

Stesen Keretapi Segamat merupakan sebuah stesen kereta api di Segamat, Johor yang turut memberi perkhidmatan kepada penduduk di Tangkak dan Muar. Jarak dari Tangkak 55 kilometer, Muar 80 kilometer. Penduduk Bandar Muadzam Shah di Pahang turut menggunakan stesen Segamat sebagai stesen KTMB terdekat iaitu 50 kilometer dari Segamat. Semua kereta api antara bandar berhenti di stesen ini.