Stesen Keretapi Seremban

(Dilencongkan dari Stesen keretapi Seremban)

Stesen Keretapi Seremban ialah sebuah stesen kereta api di Negeri Sembilan, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan perkhidmatan KTM Komuter yang bermula sejak tahun 1995. Stesen ini merupakan terminal selatan bagi Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter.

 KB13 
Seremban
سرمبن
Stesen KTM Komuter dan
stesen KTM Antarabandar
Bangunan sebelum peperangan bagi stesen Seremban, yang masih digunakan
LokasiSeremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) (sejak 1995)
KTM Antarabandar.
Platform1 platform tepi dan 1 platform pulau.
Trek3
Pembinaan
Templat letak kenderaanTersedia, bayaran dikenakan
Maklumat lain
Kod stesenSEREMBAN
Sejarah
Dibuka1910
Dielektrikkan1995
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Tiroi
menghala ke Batu Caves
Laluan Seremban Senawang
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Stesen ini dibina pada antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM 26,000.00, berkhidmat untuk beberapa buah syarikat kereta api zaman awal sebelum Keretapi Tanah Melayu mengambil alih pengurusan semua laluan kereta api di Malaya pada tahun 1948. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan juga pengangkutan barangan.

Dari 6 Februari 1994 hingga 12 April 1994, stesen ini dijalankan pemodelan semula yang ektensif sebagai persediaan untuk perkhidmatan Laluan Rawang-Seremban KTM Komuter. Kerja-kerja pengubahsuaian menyaksikan penaiktarafan kemudahan KTM Komuter baru dalam stesen, dan juga penaikan aras semua platform di stesen untuk memudahkan penumpang menaik turun kereta api KTM. Sekarang tren komuter telah dipanjangkan hingga Stesen Pulau Sebang dekat Alor Gajah, Melaka.

Platform sunting

 
Stesen kereta api Seremban, dipandang dari salah satu platform. Landasan yang digunakan oleh kereta api komuter itu (pada platform 1), selalu digunakan oleh kereta api KTM Komuter pada Laluan Rawang-Seremban.

Stesen ini menyediakan perkhidmatan ETS atau "Electric Train Service" yang menghubungkan Gemas ke Butterworth dengan kekerapan dua kali sehari dengan kereta api berlepas pada pukul 5.30 pagi dan 4.30 petang ke Padang Besar dan pukul 4.00 petang ke Butterworth setiap hari.Perkhidmatan ETS berhenti di platform 3. Perkhidmatan KTM Komuter berhenti di sini untuk beberapa minit di platform 1 sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Komuter Pulau Sebang, Melaka dekat Alor Gajah dan platform kedua ke Tiroi serta Kuala Lumpur. Perkhidmatan KTM Antarabandar juga disediakan untuk perjalanan ke seluruh Malaysia. Tren antarabandar biasanya berhenti di platform 1 untuk perjalanan ke selatan dan platform 2 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur dan utara. Kaunter tiket untuk semua perkhidmatan turut disediakan

Stesen ini mempunyai satu platform tepi yang bersambung dengan bangunan stesen serta platform 2 dan 3 yang terletak di platform.

Platform
1 Laluan Pantai Barat(Down) Arah Gemas dan Woodlands Train Checkpoint
Laluan Rawang-Seremban Arah Rawang
2 Laluan Pantai Barat(Up) Arah Kuala Lumpur Sentral
Laluan Rawang-Seremban Arah Rawang
3 Not in use

Seni bina sunting

Stesen Keretapi Seremban pada dasarnya digayakan supaya berbentuk terlalu mudah dan terdiri daripada sebuah bangunan satu-tingkat berbentuk empat segi panjang yang menampung:

  • pejabat-pejabat di separuh stesen bahagian selatan; dan
  • ruang menjual tiket serta ruang penumpang di separuh stesen bahagian utara.

Pintu masuk bata-dan-lepa juga dibekalkan dalam reka bentuk awal. Selain itu, stesen ini menonjolkan serambi muka yang disangga oleh rasuk kayu terukir yang dihiasi dengan motif lengkok.

Stesen Keretapi Seremban dilitupi oleh dua lapis bumbung rabung miring: bumbung atas yang lebih kecil dan mempunyai tebeng layar bersilang dengan bumbung di bawahnya. Sebuah menara jam putih dibina di atas bumbung bangunan, dihiasi dengan kubah bawang. Bahagian bumbung yang atas juga dihiasi dengan ukiran kayu dan kemuncak-kemuncak kecil pada tubir atasnya.

Rujukan sunting

  • Plak pelancong di depan stesen
Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Tiroi   Laluan Rawang-Seremban
KTM Komuter
  Senawang