Stesen keretapi Slim River

Stesen keretapi Slim River merupakan sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Slim River, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.

Slim River
Pandangan luar stesen keretapi Slim River
LokasiJalan Stesen, Slim River, Perak, Malaysia.
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Pantai Barat
Platform2 platform tepi
Trek2
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma
Sejarah
Dibuka1903
Dibina semula2007
Dielektrikkan2007
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Sungkai
menghala ke Ipoh
KL Sentral–Ipoh (Gold) Tanjung Malim
KL Sentral–Ipoh (Silver)
Lokasi
Map

Lokasi stesen sunting

Stesen keretapi Slim River terletak di hujung Jalan Stesen, yang dinamakan sempena stesen keretapi ini. Jalan stesen merupakan sebatang jalan utama bagi pusat bandar Slim River. Stesen ini terletak di hujung barat pusat bandar. Di belakang stesen (iaitu di sebelah barat) ialah Kampung Perhentian yang dinamakan sempena perhentian keretapi yang kini digantikan oleh stesen keretapi ini.

Sebelum stesen keretapi bersaiz besar yang wujud kini dibina, disini hanya terdapat sebuah stesen keretapi yang kecil, dan terdapat lintasan keretapi pada Jalan Stesen. Selepas melintasi landasan keretapi, disitulah terletaknya Kampung Perhentian. Namun di atas projek pembinaan landasan berkembar elektrik Ipoh-Rawang dan stesen baru, sebuah jambatan telah dibina merentasi landasan keretapi di sebelah utara stesen untuk menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian. Bangunan stesen baru menyekat lintasan keretapi yang wujud sebelum ini.

 
Bekas tapak lintasan keretapi. Papan tanda lama bertulis "Lintasan keretapi 200m" pada sebelah kiri ialah buktinya. Stesen keretapi baru berada di hujung Jalan Stesen (sebelah kanan).

Perkhidmatan kereta api sunting

Stesen keretapi Slim River menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui KTM ETS.[1]

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral
  • lima perlepasan ke Ipoh

Struktur stesen sunting

  • Platform: 2
  • Landasan: 2
Platform
1 Laluan Pantai Barat Arah Kuala Lumpur Sentral
2 Laluan Pantai Barat Arah Ipoh dan Butterworth

Rujukan sunting

  1. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting