Stesen keretapi Taiping
Stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Bandar Taiping, Perak, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1882.
Lokasi | Taiping, [Perak Darul Ridzuan | |||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | Laluan Pantai Barat | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Percuma | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dibuka | 1885[1] | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah
suntingStesen keretapi Taiping dibina pada tahun 1882 di atas lokasi Sekolah Rendah King Edward VII sekarang. Stesen ini dibuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama.[1][2] Antara tahun 1890-an hingga awal 1990-an, stesen ini dipindahkan dari tempat asalnya ke laluan utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen dalam landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB menutup laluan itu pada 1980-an.
Perkhidmatan kereta api
suntingStesen keretapi Parit Buntar menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[3]
Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- 10 perlepasan ke Ipoh dari Butterworth
- 10 perlepasan ke Butterworth dari Ipoh
Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;
- dua perlepasan ke Gemas dari Butterworth dan Padang Besar
- lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral dari Butterworth
- empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral dari Padang Besar
- empat perlepasan ke Padang Besar dari Kuala Lumpur Sentral
- lima perlepasan ke Butterworth dari Kuala Lumpur Sentral
- satu perlepasan ke Butterworth dari Gemas
- satu perlepasan ke Padang Besar dari Gemas
Rujukan
sunting- ^ a b "Landasan Keretapi Yang Pertama di Tanah Melayu". Dicapai pada 1 Disember 2009.
- ^ "Pembukaan jalan kereptapi Taiping-Port Weld" (html). 1 Jun 1980. Dicapai pada 2007-06-28.
- ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.