Stesen keretapi Tanjung Malim
Stesen keretapi Tanjung Malim merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di utara Tanjung Malim, negeri Perak, Malaysia. Selama ini stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar dan Komuter. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 2009, sebagai hentian terakhir dalam khidmat shuttle Rawang-Tanjung Malim (dahulunya shuttle Rawang-Kuala Kubu Bharu).
KA15 Tanjung Malim | |
---|---|
![]() Stesen keretapi Tanjung Malim | |
Lokasi | Tanjung Malim, Perak, Malaysia. |
Dimiliki oleh | ![]() |
Aliran/laluan | KTM Antarabandar Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) (belum dibuka). |
Platform | 1 sisi, 1 tengah |
Landasan | 2 |
Pembinaan | |
K. letak kenderaan | Percuma |
Capaian OKU | Ya |
Sejarah | |
Dibuka | 1900 |
Dibina semula | 2007 |
Dielektrikkan | 2007 |
sunting |
Struktur stesenSunting
Stesen ini terletak dilalui oleh tiga batang landasan dengan tiga platform. Selain kemudahan tiket dan kemudahan asas, stesen ini dilengkapi ruang untuk penghuni pentadbiran, serta "kiosk" dan jejantas tambahan (yang digabungkan dengan jejantas untuk pengguna Komuter sahaja) bagi pejalan kaki yang hanya mahu melintas landasan. Stesen ini juga menyediakan kemudahan asas untuk penumpang kurang upaya. Pintu masuknya di timur laut menghadap jalan cabang yang membawa ke arah barat ke pusat bandar Tanjung Malim.
Satu platform sisi dan satu platform tengah stesen ini ditetapkan sebagai Platform 1 (bersempadan dengan bangunan stesen utama di barat, untuk menaiki kereta api ke arah utara), Platform 2 (di timur, untuk menaiki kereta api ke arah selatan), dan Platform 3.
1 | ■Laluan Pantai Barat(Down) | Arah Kuala Lumpur Sentral dan Woodlands Train Checkpoint |
---|---|---|
2 | ■Laluan Pantai Barat(Up) | Arah Ipoh dan Butterworth |
3 | ■Laluan Pantai Barat(Up) | Arah Ipoh dan Butterworth |
RujukanSunting
- "KTM Komuter Services For Rawang - Rasa Sector Launched". Official Keretapi Tanah Melayu website. April 21, 2007. Dicapai pada 2007-05-03.
- "KTM Komuter New Route : Rawang - Kuala Kubu Bharu". Official Keretapi Tanah Melayu website. January 2, 2008. Dicapai pada 2008-01-02.
- "KTM Komuter service to Tanjung Malim, Perak (Perkhidmatan KTM Komuter Ke Tanjung Malim, Perak)". Official Keretapi Tanah Melayu website. June 1, 2008. Dicapai pada 2008-06-03.