Stesen Tepi Jalan (Jepun: 道の駅, Hepburn: Michi no eki) ialah kawasan rehat ditetapkan kerajaan yang terdapat di sepanjang jalan dan lebuh raya di Jepun.

Taman Pertanian Seto, Stesen Tepi Jalan di Ikata, Ehime
Stesen Tepi Jalan Seiryunosato Hijikawa (道の駅 清流の里ひじかわ) di Ehime
Stesen Tepi Jalan di Yamakita, Kanagawa
Stesen Tepi Jalan Tsu Kawage di Tsu, Mie

Selain menyediakan tempat untuk pelancong berehat, ia bertujuan untuk mempromosikan pelancongan dan perdagangan tempatan. Kedai boleh menjual hasil tempatan, makanan ringan, cenderahati dan barangan lain. Semua stesen tepi jalan menyediakan akses 24 jam ke tempat letak kereta, tandas awam dan kemudahan untuk berkongsi maklumat.

Sehingga Februari 2020, terdapat 1,160 Stesen Tepi Jalan di seluruh Jepun: 125 di Hokkaido, 163 di kawasan Tohoku, 178 di kawasan Kanto, 80 di kawasan Hokuriku, 134 di kawasan Chubu, 147 di kawasan Kinki, 104 di kawasan Chugoku, 87 di kawasan Shikoku, 142 di kawasan Kyushu dan Okinawa . [1]

Rujukan sunting

  1. ^ (dalam bahasa Inggeris) What are "Michi-no-eki"? Michi-no-eki official website

Pautan luar sunting