Stesen tiub Hyde Park Corner

Stesen tiub Hyde Park Corner (bahasa Inggeris: Hyde Park Corner tube station) ialah sebuah stesen London Underground berhampiran Sudut Taman Hyde di Taman Hyde, London. Ia berada dalam Travelcard Zone 1, di antara Knightsbridge dan Taman Green di Laluan Piccadilly.

Hyde Park Corner
LokasiHyde Park Corner
Pihak berkuasa
tempatan
Westminster
Diurus olehLondon Underground
Bil. platform2
Kemasukan dan keluar tahunan London Underground
20044.449 juta
20075.597 juta[1]
Maklumat lain
Portal Pengangkutan London

SejarahSunting

Stesen ini dibuka oleh Great Northern, Piccadilly and Brompton Railway pada 15 Disember 1906. yang terdahulunya, bangungn stesen reka bentuk Leslie Green masih adanya di selatan junction jalan, terkenal dengan jubin berwarna-warni darah kerbau; ia kini digunakan sebagai sebuah restoran pizza. Bangunan ini dihenti guna pada awal 1930an apabila stesen ini diperolehkan dengan tangga eskalator daripada lif walaupun sebuah tangga darurat memberikan suatu sambungan dengan pentas-pentas. Lif sekarang digunakan untuk memberikan ventilasi. Bahagian bukan-beroperasi stesen ini dikatakan dihantui oleh suara kanak-kanak perempuan menangis, jadi pekerja stesen enggan melawat bahagian stesen ini pada waktu malam.[perlu rujukan]

Apabila stesen ini dibina semula dengan eskalator stesen sedikit digunakan yang bersebelahan di Down Street di timur (terhadap Taman Green) tidak lagi digunakan.

Maklumat stesenSunting

Ia merupakan salah satu stesen yang tidak mempunyai bangunan berkaitan di atas tanah, stesen ini di bawah tanah sepenuhnya. Tempat masuk ke stesen kini dicapai dari dalam sistem laluan bawah di keliling simpang Sudut Taman Hyde.

Apabila bahagian pusat Laluan Piccadilly Line ditutup (seperti selepas letupan bom 7 Julai 2005), stesen ini menjadi terminus bahagian barat disebabkan kehadiran terowong lalu-lintas di timur stesen.

Pembersihan semulaSunting

Tugas bermula pada Mei 2009 untuk memperbaiki bahagian-bahagian stesen, sebahagian dari acara pelaburan Transforming the Tube Transport for London. Sementara tugas-tugas ini mengambil tempat keretapi tidak akan berhenti di stesen di antara 22:00 dan 06:00 pada pagi yang keesokannya, termasuknya dari hari Ahad ke hari Khamis (selain dari tarikh yang terpilih, pada utamanya ketika konset dijalankan berhampiran Taman Hyde)[2].

Pada Jun 2009, bukti tugas-tugas masih dilihat di tingkat pentas, dengan kontraktor bermula dengan mengalihkan jubin glaze yang lama dari dinding.

Peristiwa paranormalSunting

Stesen ini, seperti banyak bawah tanah telah mempunyai beberapa pengalaman dengan hantu dan mambang. Banyak telah berfokus disekitar, eskalator berhidup sendiri apabila mereka dimatikan, muka-muka roh hantu di dewan penempahan stesen, dsb. Pekerja stesen telah dilaporkan melihat hantu-hantu yang tidak dapat jelaskan dengan banyak orang. Sesetengah para pekerja telah melihat hantu dan tidak kembali ke stesen. Stesen ini juga berada di acara The History Channel berjudul 'Ghosts on the Underground'.

RujukanSunting

  1. ^ "Angka keluar masuk stesen pelbagai tahun" (XLSX). Data Penggunaan Stesen London Underground. Transport for London. Januari 2018. Dicapai pada 22 Julai 2018.
  2. ^ Transport for London station closures. Retrieved on 2009-07-08.

Galeri ImejSunting

Stesen sebelumnya     London Underground   Stesen berikutnya
Laluan Piccadilly
menghala ke Cockfosters
  Former Route  
Stesen sebelumnya     London Underground   Stesen berikutnya
Knightsbridge   Piccadilly Line
Former Route
(1906-1932)
  Down Street


Koordinat: 51°30′10″N 0°09′10″W / 51.50278°N 0.15278°W / 51.50278; -0.15278