Stephen John Finnan adalah seorang pemain bola sepak Republik Ireland yang bermain dengan kelab Liverpool F.C. Beliau lebih dikenali sebagai Steve Finnan. Dia boleh bermain di posisi bek kanan ataupun di sebelah kanan midfield. Steve Finnan dikatakan antara pemain bek kanan yang paling konsisten di dalam Liga Perdana Inggeris [1] dan tersohor kerana larian serangannya di sebelah kanan. Dia juga berkebolehan membuat hantaran bola lintang yang agak baik.

Steve Finnan
Maklumat peribadi
Nama penuh Stephen John Finnan
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)
Posisi permainan bek kanan, Right Winger
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 3
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–1995
1995–1996
1996–1998
1998–2003
2003–present
Welling United
Birmingham City
Notts County
Fulham
Liverpool
41(1)
15 (1)
97 (7)
172 (7)
88 (1)
Pasukan kebangsaan
2000–present Ireland 38 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 April 2006
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 April 2006

Biografi sunting

Steve Finnan dilahirkan pada 24 April 1976, di Limerick, Republik Ireland tetapi dibesarkan di England. Steve Finnan mula bermain bola dengan Welling United, sebuah pasukan amatur. Dia menjadi pemain bola sepak profesional dalam tahun 1995 apabila diambil bermain dengan Birmingham City, tetapi selepas hanya beberapa kali bermain, beliau dijual kepada kelab Notts County.

Fulham F.C. sunting

Setelah bermain dengan cemerlang di Notts County, Fulham F.C. membeli kontrak Steve Finnan daripada Notts County pada harga £600,000. Steve Finnan menjadi pemain regular di Fulham dan menjadi pemain yang disanjung penyokong Fulham. Steve Finnan memenangi Kejuaraan Liga Divisyen Dua Inggeris dalam tahun 1999 dan kejuaraan Liga Divisyen Satu Inggeris dalam tahun 2001.

Steve Finnan menunjukkan kebolehan menyesuaikan diri dengan rentak permainan Liga Perdana Inggeris dan banyak kelab menunjukkan minat mendapatkan beliau bermain di kelab mereka. Steve Finnan membantu Fulham melayakkan diri untuk pertandingan Piala Intertoto UEFA dalam tahun 2001. Beliau juga mendapat undian pemain profesional di England dan disenaraikan sebagai salah seorang daripada pemain yang dipilih dalam “Team of the Year”.

Liverpool sunting

Steve Finnan memilih untuk menyertai Liverpool dalam tahun 2003 dan berpindah ke kelab itu dengan dikenakan bayaran €4.9 juta. Musim pertama beliau di Liverpool diganggu kecederaan demi kecederaan. Walaupun demikian, Liverpool mengakhiri musim di tangga keempat Liga Perdana Inggeris dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Dalam musim 2004-2005, Steve Finnan menjadi pilihan utama di posisi bek kanan yang sebelum itu menjadi milik Jamie Carragher. Prestasi baik beliau menyebabkan Steve Finnan diminati penyokong-penyokong Liverpool. Steve Finnan bermain dalam perlawanan akhir Piala Liga (Piala Carling) tetapi Liverpool tewas 3-2 kepada Chelsea. Kekecewaan ini tertebus apabila Steve Finnan membantu Liverpool menjuarai Piala Eropah di Istanbul apabila Liverpool menewaskan A.C. Milan. Malangnya, dia mendapat kecederaan dan digantikan oleh Dietmar Hamann semasa waktu rehat separuh masa pertama.

Kerjaya Sebagai Pemain Bola Sepak Antarabangsa sunting

Steve Finnan mewakili Pasukan Bawah 21 Tahun Ireland sebelum dipilih mewakili Ireland di peringkat senior dalam tahun 2000 semasa menentang Greece. Walaupun dibesarkan di England, Steve Finnan berbangga mewakili Ireland.

Steve Finnan menjadi pilihan utama Ireland setelah membuat bola lintang yang membolehkan Jason McAteer menjaringkan gol dalam perlawanan penting menentang Belanda dalam bulan September 2001. Kemenangan itu melayakkan Ireland ke pusingan akhir Piala Dunia 2002 FIFA. Steve Finnan dipilih bermain dalam kesemua 4 permainan di pusingan awal tetapi kecederaan membantutkan penyertaan beliau. Steve Finnan sekarang ini selalu dipilih mewakili Ireland dalam kelayakan Piala Dunia 2006 FIFA tetapi Ireland gagal melayakkan diri.

Kesalahan Memandu sunting

Dalam bulan April 2005, Steve Finnan ditahan Polis Merseyside kerana menyebabkan kematian seorang pesara. Beliau memandu kenderaan Range Rover secara merbahaya dan melanggar pesara tersebut. Pesara itu mati 3 minggu selepas kejadian. Pertuduhannya kemudiannya digugurkan oleh Polis kerana ketiadaan bukti yang mencukupi.

Statistik sunting

Club Performance
Kelab Musim Liga Perdana Piala F.A. Piala Liga Eropah Lain-Lain Jumlah
App Goals App Goals App Goals App Goals App Goals App Goals
Liverpool FC 2005-06 33 0 6 0 0 0 12 0 1 0 52
2004-05 33 1 0 0 5 0 14 0 0 0 52
2003-04 22 0 3 0 0 0 6 0 0 0 31
Fulham FC 2002-03 32 0 3 0 1 0 5 0 0 0 41
2001-02 38 0 6 0 3 0 0 0 0 0 47
Kelab Musim Liga Piala F.A. Piala Liga Eropah Lain-Lain Jumlah
App Goals App Goals App Goals App Goals App Goals App Goals
Fulham FC 2000-01 45 2 1 0 2 0 0 0 0 0 48
1999-00 35 3 4 1 6 0 0 0 0 0 45
1998-99 22 2 4 0 0 0 0 0 1 0 27
Notts County FC 1998-99 13 0 0 0 0 0 0 0 0 0 13
1997-98 44 5 3 1 4 0 0 0 0 0 51 6
1996-97 23 0 3 0 0 0 0 0 0 0 26
Birmingham City 1996-97 3 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3
Notts County FC Loan 1995-96 17 2 0 0 0 0 0 0 3 1 20
Birmingham City 1995-96 12 1 0 0 4 0 0 0 3 0 19
Welling United 1994-95 0 0 0 0 0 0 0 0 19 1 19
1993-94 0 0 0 0 0 0 0 0 22 0 22
Total 372 16 33 2 25 0 37 0 49 2 516 20

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting