Steve Shim Lip Kiong

Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Kiong (Cina ringkas: 沉立强Cina tradisional: 沈立强pinyin: Shěn lìqiáng; lahir 20 Januari 1940)[1] ialah seorang hakim dan peguam Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak ke-3.

Tan Sri Datuk Amar

Steve Shim Lip Kiong

P.S.M., D.A., P.J.N., J.B.K., K.M.N., P.P.B.
沈立强
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Ke-3
Dalam jawatan
2 Julai 2000 – 25 Julai 2006
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Didahului olehChong Siew Fai
Digantikan olehRichard Malanjum
Butiran peribadi
LahirSteve Shim Lip Kiong
(1940-01-20) 20 Januari 1940 (umur 84)
Kuching, Sarawak
Kerakyatan Malaysia
Alma materInner Temple
Vrije Universiteit Brussel
PekerjaanHakim
ProfesionPaguam

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Shim lahir di Kuching semasa Sarawak masih menjadi negeri protektorat British di bawah pentadbiran Rajah Sarawak. Beliau melengkapkan pengajian A Level di Kolej Westminster, London, United Kingdom pada 1962 sebelum menerima barrister-at-law dari Inner Temple pada 1969.[1] Pada 1980, Shim menamatkan pengajian di Fakulti Undang-undang Perbandingan dan Antarabangsa di Vrije Universiteit Brussel, Brussels, Belgium dengan Sarjana Undang-Undang (Kepujian) (LL.M. (Hons.)).[2][1]

Kerjaya sunting

1970 & 1980-an sunting

Kerjaya Shim dalam perkhidmatan undang-undang bermula pada 10 Ogos 1970 bila belia menjadi pegawai kadet undang-undang. Sehingga 1977, beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi Borneo. Dalam pada itu, beliau berkhidmat sebagai peguam dan majistret.[1] Kerjayanya semakin maju ke depan apabila beliau dilantik menjadi hakim mahkamah sesyen pada 1989.[2]

1990 & 2000-an sunting

Pada 1 Mac 1992, Shim dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Sibu.[1] Beliau berkhidmat hanya lima bulan sebelum dinaikkan pangkat menjadi hakim di mahkamah sama pada Ogos 1992. Sebagai hakim mahkamah tinggi, beliau ditempatkan di Kuching dan kemudiannya di Kuala Lumpur, bermula 1996.[2]

Selepas berkhidmat lebih kurang lapan tahun, beliau terpilih untuk menjadi pemangku Hakim Besar Mahkamah Sabah dan Sarawak pada Julai 2000. Beliau secara rasmi berada di kedudukan keempat tertinggi dalam jawatan kehakiman di Malaysia itu pada September 2000.[2] Shim bersara daripada perkhidmatan undang-undang pada 19 Julai 2006.[3]

2010-an sunting

Pada 2011, Shim terpilih mempengerusikan Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditempatkan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.[4] Beliau turut dilantik sebagai anggota panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 pada 9 Mei 2012.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia:
    •   Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - (1988)[5][6]
    •   Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (1998)[5]
    •   Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2001)[1]
  •   Sarawak:
    •   Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.)[1]
    •   Johan Bintang Kenyalang (J.B.K.)[1]
    •   Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) - Datuk Amar (2002)[5][7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h "Former Chief Justice". judiciary.kehakiman.gov.my. 2019. Dicapai pada 9 August 2019.
  2. ^ a b c d [1]
  3. ^ "YBhg. Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Kiong". jac.gov.my. 2012. Dicapai pada 9 August 2019.
  4. ^ "Former Chief Judge of Sabah, Sarawak appointed chairman of wages council". Bernama. The Borneo Post. 29 September 2011. Dicapai pada 9 August 2009.
  5. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 9 August 2019.
  6. ^ [2]
  7. ^ [3]
Jawatan undang-undang
Didahului oleh
Chong Siew Fai
Hakim Besar Sabah dan Sarawak
2000–2006
Diikuti oleh:
Richard Malanjum