Rendidih

(Dilencongkan dari Stew)

Masakan rendidih (Jawi: رنديديه) atau stu merupakan paduan ramuan makanan pejal yang dimasak dalam cecair lalu dihidangkan dalam kuah yang terhasil. Ramuan-ramuan dalam stu boleh termasuk mana-mana paduan sayur-sayuran (seperti lobak, kentang, kacang, lada, tomato dsb.), daging, terutama sekali daging-daging keras sesuai untuk dimasak perlahan seperti daging lembu. Ayam itik, sosej dan makanan laut juga digunakan. Air boleh digunakan sebagai cecair untuk memasak stu, begitu juga dengan pati dan minuman keras seperti wain dan bir. Perasa dan bahan perisa juga boleh ditambahkan. Stu biasanya dimasak pada suhu yang agak rendah (iaitu direneh, bukan direbus) supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.

Rendidih/Stu
Rendidih daging
JenisStu
Bahan utamaSayur-sayuran (lobak, kentang, kacang, lada, tomato dsb.), daging (yang keras-keras seperti daging lembu), air atau pati atau minuman keras
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kaedah merendidih sesuai untuk potongan daging yang paling tidak lembut tetapi menjadi lembut dan berair dengan kaedah pemanasan lembap perlahan. Oleh itu rendidih begitu laris dalam masakan kos rendah. Potongan-potongan yang mempunyai secukup kemarmaran dan tisu penghubung bergelatin boleh membuahkan rendidih yang lembap dan berair, sedangkan daging pejal (tanpa lemak) cepat mengering.

Rendidih boleh dipekatkan dengan mereneh (reduction) ataupun dengan tepung, sama ada dengan menyalutkan kepingan daging dengan tepung sebelum melayur, ataupun menggunakan roux atau beurre manié, iaitu doh yang terdiri daripada mentega dan tepung yang sama-rata. Bahan pemekat seperti tepung jagung atau kanji ubi larut juga boleh digunakan.

Stu serupa dengan sup, jadi kadang-kala tidak begitu jelas perbezaannya. Umumnya stu kurang cair daripada sup, malah lebih pekat dan perlu dimasak lebih lama dengan haba yang rendah. Sedangkan sup seringkali dihidangkan dalam mangkuk, stu lazimnya cukup pekat untuk dihidangkan di dalam pinggan dengan kuah sebagai sos untuk ramuan-ramuan yang pejal.[1]

Rujukan sunting