Stipe Pletikosa

Pemain bola sepak

Stipe Pletikosa (disebut [stǐːpe plětikosa]; lahir 8 Januari 1979) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Rusia, FC Rostov. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Croatia di posisi penajga gol. Beliau merupakan pemain kedua memiliki banyak kaps dalam sejarah pasukan Croatia di belakang Darijo Srna, dengan memiliki 114 kaps. Selepas aksi hambar Croatia di Piala Dunia 2014, beliau mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.[3]

Stipe Pletikosa
Maklumat peribadi
Nama penuh Stipe Pletikosa[1]
Tarikh lahir (1979-01-08) 8 Januari 1979 (umur 45)
Tempat lahir Split, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Rostov
Nombor 1
Kerjaya remaja
1986–1996 Hajduk Split
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1996–2003 Hajduk Split 141 (4)
2003–2007 Shakhtar Donetsk 29 (0)
2005–2006Hajduk Split (pinjaman) 21 (0)
2007–2011 Spartak Moscow 63 (0)
2010–2011Tottenham Hotspur (pinjaman) 0 (0)
2011– FC Rostov 101 (0)
Pasukan kebangsaan
1994 Croatia B15 1 (0)
1994–1995 Croatia B16 2 (0)
1994 Croatia B17 2 (0)
1995–1997 Croatia B18 2 (0)
1995–1998 Croatia B19 14 (0)
1999 Croatia B20 5 (0)
1998–2001 Croatia B21 13 (0)
1999–2014 Croatia 114 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Jun 2014

Kerjaya kelab sunting

Hajduk Split sunting

Pletikosa memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab Hajduk Split. Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol pada musim 1998/99.

Shakhtar Donetsk sunting

Pada 2003, Pletikosa bersama rakan sepasukan, Darijo Srna berpindah ke kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dengan bayaran sebanyak €2 juta. Sama seperti Srna, aksi Pletikosa tidak seberapa bagus dan beliau dipinjam semula ke Hajduk Split pada 2005. Kali kedua beliau ke Hajduk lebih cemerlang dan beliau dipilih memasuki skuad Croatia di Piala Dunia 2006. Pletikosa kembali ke Shakhtar tetapi beliau menjadi pilihan kedua penjaga gol di belakang Jan Laštůvka. Akhirnya, Pletikosa membuat keputusan untuk berpindah. Bidaan sebanyak €3 juta dari Dinamo Zagreb telah diterima tetapi Pletikosa menolak kerana ia merupakan pesaing terbesar Hajduk. Satu pinjaman ke Fulham juga gagal selepas beliau tidak menerima permit kerja.

Spartak Moscow sunting

Pada 7 Mac 2007, Pletikosa menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Rusia, Spartak Moscow dengan bayaran sebanyak €3 juta. Beliau bersama Spartak sehingga 2009 sebelum beliau kurang "digemari" oleh pengurus Valery Karpin.

Pada 31 Ogos 2010, beliau dipinjam bersama tempoh lama ke Tottenham Hotspur yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.[4] Beliau membuat penampilan pertama bersama Tottenham ketika tewas 1–4 kepada Arsenal dalam aksi Piala Liga Inggeris pada 21 September 2010]]. Perlawanan itu ialah satu-satu penampilan Pletikosa untuk Spurs.

FC Rostov sunting

Pada 6 Ogos 2011, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Liga Perdana Rusia, FC Rostov.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Pletikosa (berbaju hijau) ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 menentang Brazil.

Pletikosa menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia yang beraksi di Piala Dunia 2002. Namun, Croatia menduduki tempat ketiga selepas tewas dua kali kepada Mexico dan Ecuador manakala menang ke atas Itali.

Beliau juga sekali lagi menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia di UEFA Euro 2004 tetapi beliau mengalami kecederaan beberapa hari sebelum sepak mula kejohanan itu bermula. Tempat Pletikosa digantikan oleh Tomislav Butina. Butina kemudian menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006 manakala Pletikosa hanya bermain dua perlawanan sahaja. Pada perlawanan Piala Dunia 2006, Pletikosa merebut semula jersi nombor satu selepas Butina mengalami kecederaan.

Semasa UEFA Euro 2008, beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika perlawanan pembukaan menentang Austria. Beliau banyak membuat penyelamatan yang dilakukan oleh Austria, pasukan Croatia menang 1-0.

Pada 6 Februari 2013, Pletikosa bermain perlawanan ke-100nya untuk Croatia dan berjaya tidak dibolos selepas pasukannya membenam Korea Selatan, 4-0.[6]

Dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil, ketika tendangan penalti diberikan kepada pasukan Brazil, Pletikosa berjaya menampan tendangan penalti oleh Neymar namun bola itu menjurus masuk ke gawang gol Croatia dan Brazil mendahului Croatia, 2-1. Keputusannya, Brazil menang 3-1.[7] Pada 17 Julai 2014, Pletikosa mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.

Pasukan kebangsaan Croatia
Tahun Kmncln Gol
1999 3 0
2000 5 0
2001 7 0
2002 10 0
2003 12 0
2004 5 0
2005 4 0
2006 11 0
2007 8 0
2008 12 0
2009 2 0
2010 2 0
2011 8 0
2012 10 0
2013 10 0
2014 5 0
Jumlah 114 0

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Julai 2014
Statistik kelab
Musim Kelab Liga Liga Piala Benua Lain Total
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
1996–97 Hajduk Split Prva HNL 1 0 0 0 1 0
1997–98 1 0 0 0 1 0
1998–99 19 0 0 0 19 0
1999–2000 32 0 3 0 35 0
2000–01 31 1 2 0 33 1
2001–02 27 0 4 0 31 0
2002–03 30 3 4 2 34 5
2003–04 Shakhtar Donetsk Liga Perdana Ukraine 23 0 4 0 0 0 27 0
2004–05 6 0 0 0 0 0 6 0
2005–06 Hajduk Split Prva HNL (pinjaman) 21 0 21 0
2006–07 Shakhtar Donetsk Liga Perdana Ukraine 3 0 1 0 0 0 4 0
2007 Spartak Moscow Liga Perdana Rusia 29 0 2 0 31 0
2008 30 0 8 0 38 0
2009 4 0 1 0 5 0
2010 0 0 0 0 0 0 0 0
2010–11 Tottenham Hotspur (pinjaman) Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 1 0 1 0
2011–12 Rostov Liga Perdana Rusia 23 0 0 0 2 0 25 0
2012–13 30 0 3 0 2 0 35 0
2013–14 27 0 3 0 30 0
2014–15 1 0 0 0 0 0 1 0 2 0
Jumlah   Croatia 162 4 13 2 0 0 175 6
Jumlah   Ukraine 32 0 5 0 0 0 37 0
Jumlah   Rusia 144 0 7 0 10 0 5 0 166 0
Jumlah   England 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0
Jumlah kerjaya 338 4 7 0 28 2 5 0 378 6

Penghargaan sunting

 
Pletikosa bersama trofi Piala Rusia pada 2014.

Kelab sunting

Hajduk Split
Shakhtar Donetsk
FC Rostov

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
  2. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-02. Dicapai pada 6 April 2011.
  3. ^ "Pletikosa calls time on Croatia career". FIFA. 19 July 2014.
  4. ^ "Tottenham Hotspur complete Stipe Pletikosa loan deal". BBC Sport. 31 August 2010. Dicapai pada 31 August 2010.
  5. ^ "Pletikosa joins Rostov". FIFA.com. 6 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-15. Dicapai pada 30 September 2011.
  6. ^ "Srna strikes as Croatia beat South Korea". GOLTV. 6 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2 July 2014.
  7. ^ "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai pada 12 June 2014.

Templat:Skuad FC Rostov

Templat:Pemain Terbaik Croatia